Jais Abdul Hamid and Irma Wani Othman and Sharifah Darmia Sharif Adam and Saifulazry Mokhtar (2022) Hubungan pengetahuan pedagogi dengan penerapan patriotisme: Satu tinjauan terhadap guru-guru sejarah sekolah di Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 7. pp. 802-818. ISSN 0128-164X
Text
ABSTRACT.pdf Download (85kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (173kB) | Request a copy |
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogi dan hubungannya dengan amalan penerapan patriotisme guru-guru sejarah sekolah menengah di Sabah. Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik bagi tujuan mengumpul data. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru sejarah yang melibatkan seramai 367 responden di seluruh Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai serta statistik inferensi yang melibatkan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan pedagogi guru-guru Sejarah sekolah menengah di Sabah pada tahap sederhana dan adanya hubungan positif yang kuat antara pengetahuan pedagogi dengan amalan penerapan nilai patriotisme. Dapatan ini memberikan input berguna khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak pentadbiran sekolah bagi merancang program-program pembangunan profesionalisme.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pengetahuan Pedagogi , Penerapan Patriotisme dan Guru-guru Sejarah Sekolah Menengah |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 08 Nov 2022 08:28 |
Last Modified: | 08 Nov 2022 08:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34690 |
Actions (login required)
View Item |