Hanifah Mahat and Chulin Lom and Yazid Saleh and Mohmadisa Hashim and Nasir Nayan and Soon Singh Bikar Singh (2022) Persediaan guru pelatih geografi dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa latihan mengajar. GEOGRAFIA: Malaysian Journal of Society and Space, 18. pp. 170-184. ISSN 2680-2491
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (922kB) | Request a copy |
|
Text
ABSTRACT.pdf Download (66kB) |
Abstract
Peralihan mendadak daripada pengajaran secara bersemuka kepada Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) semasa pandemik Covid-19 telah menimbulkan masalah yang ketara kepada guru dan pelajar. Guru bukan sahaja perlu menyesuaikan diri dengan pengajaran dalam talian, malah guru juga harus mempelajari maklumat dan kemahiran baru agar mereka mahir menggunakan IT. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji kesediaan dan perlaksanaan PdPR dalam kalangan guru pelatih Geografi semasa menjalani Latihan Mengajar (LM). Pendekatan kuantitatif mengunakan reka bentuk tinjauan melibatkan soal selidik telah diaplikasikan dalam kajian ini. Seramai 131 orang guru pelatih Geografi dijadikan sebagai sampel kajian dengan menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata. Analisis deskriptif (min, peratus, kekerapan) dan analisis inferensi (korelasi Pearson, regresi linear) digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Hasil menunjukkan tahap pengetahuan, sikap, kemahiran, motivasi dan perlaksanaan PdPR dalam kalangan guru pelatih semasa LM berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara perlaksanaan PdPR dalam kalangan guru pelatih Geografi semasa LM terhadap pengetahuan, sikap, kemahiran dan motivasi. Hasil analisis regresi menunjukkan bahawa kemahiran guru pelatih lebih banyak memberi pengaruh iaitu sebanyak 36.7 peratus terhadap perlaksanaan PdPR dalam kalangan guru pelatih Geografi semasa latihan mengajar. Manakala pengetahuan guru pelatih dan sikap guru pelatih masing-masing memberikan pengaruh sumbangan sebanyak 1.7 peratus dan 6.5 peratus sahaja. Implikasi kajian ini adalah pihak sekolah dan universiti dapat menilai sejauhmana kesediaan dan keberkesanan PdPR yang dilakukan oleh guru pelatih dalam rangka menyiapkan mereka menjadi guru sebenar suatu hari nanti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Geografi , Guru pelatih , Latihan mengajar , Pengajaran dan pembelajaran dari rumah |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 08 Nov 2022 09:56 |
Last Modified: | 08 Nov 2022 09:56 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34702 |
Actions (login required)
View Item |