Soon Singh A/L Bikar Singh and Balan Rathakrishnan and Dg Norizah Ag Kiflee @ Dzulkifli and Rosli Talip and Zulfikar Rabe and Lan, Arlyn Sim Swee (2022) Penilaian pengetahuan dan kesedian menghadapi bencana gempa bumi dalam kalangan guru sekolah di Ranau, Sabah. e-Bangi : Journal of Social Sciences and Humanities, 13 (2). pp. 73-88. ISSN 1823-884X
Text
ABSTRAK.pdf Download (78kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (482kB) | Request a copy |
Abstract
Gempa bumi Ranau yang melanda pada 5 Jun 2015 adalah gegaran yang paling kuat di Sabah dan menyebabkan penduduk tempatan dalam keadaan panik. Hal ini menunjukkan bahawa penduduk di Sabah harus dididik agar bersedia untuk menghadapi bencana alam ini yang dijangka akan berlaku dalam masa 20 tahun lagi. Pelbagai kajian menunjukkan hasrat murni ini akan tercapai sekiranya pengetahuan pencegahan dan mengahadapi gempa bumi ini diterapkan melalui pendidikan formal di sekolah. Namun begitu, pengetahuan dan kesediaan guru tentang pencegahan dan menghadapi bencana gempa bumi perlu diambil kira untuk memastikan mereka bersedia untuk mendidik murid. Kajian ini yang berpaksikan kaedah penyelidikan gabungan (Explanatory Sequantial Design) dijalankan untuk mengkaji pengetahuan dan kesediaan guru sekolah di Ranau untuk menghadapi bencana gempa bumi. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan untuk memilih 18 buah sekolah yang mengalami kerosakan teruk akibat dari bencana gempa bumi 2015. Enam orang guru lelaki dan perempuan telah dipilih secara rawak mudah untuk ditemuramah. Instrument The Spittal Eartquake knowledge and Readiness Scale digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif. Data kualitatif dikumpul dengan menggunakan kaedah temuramah semuka. Analisis data kuantitatif menunjukkan bahawa tahap pemahaman konsep gempa bumi dan kesediaan guru untuk menghadapi bencana alam ini adalah sederhana. Terdapat juga perbezaan yang signifikan tahap pemahaman mengenai konsep gempa bumi dan kesediaan untuk menghadapi bencana ini antara guru lelaki dan perempuan. Analisis kualitatif menunjukkan tahap pemahaman konsep dan kesedian guru untuk menghadapi bencana gempa bumi adalah sederhana kerana mereka tidak jangka bahawa kawasan Ranau berisiko tinggi. Guru perempuan mempunyai pengetahuan yang lebih baik berbandingkan guru lelaki dalam menghadapi bencana gempa bumi kerana mereka meneroka maklumat melalui internet, akhbar, laman web dan group Whats App. Penemuan kualitatif juga merumuskan bahawa guru lelaki lebih bersedia menghadapi bencana gempa bumi berbanding dengan guru wanita. Oleh itu, disarankan agar pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah dengan kerja sama NGO menganjurkan kursus dan latihan untuk membantu guru meningkatkan pengetahuan bencana gempa agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi bencana gempa bumi dan menyalurkan ilmu ini kepada murid di sekolah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Gempa bumi , Pengetahuan , Kesedian , Guru , Ranau |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE500-639.5 Dynamic and structural geology > QE521-545 Volcanoes and earthquakes |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 10 Nov 2022 08:49 |
Last Modified: | 10 Nov 2022 08:49 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34769 |
Actions (login required)
View Item |