Isu sekuriti makanan dan perlaksanaan dasar pembangunan sektor pertanian di Borneo Utara (1881-1963)

Dg. Junaidah Awang Jambol and Maureen De Silva and Zainuddin Baco and Lai, Yew Meng and Diana Peters (2022) Isu sekuriti makanan dan perlaksanaan dasar pembangunan sektor pertanian di Borneo Utara (1881-1963). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7. pp. 1-19. ISSN 2504-8562

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (55kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (338kB) | Request a copy

Abstract

Pada awal kedatangan kuasa Barat ke Borneo Utara, masalah berkaitan dengan sekuriti makanan bukanlah isu yang menjadi keutamaan kepada penjajah. Hal ini kerana motif utama kehadiran mereka adalah untuk memonopoli sumber ekonomi dan memperoleh keuntungan daripada hasil bumi yang terdapat di Borneo Utara. Walau bagaimanapun, dalam tempoh masa yang panjang kebergantungan penjajah terhadap tanaman makanan import dari negara luar telah menyebabkan berlakunya krisis makanan yang meruncing di Borneo Utara terutamanya apabila penjajah menghadapi krisis pengeluaran hasil tanaman makanan dari negara pengeluar dan hasil domestik pula terjejas kerana pelbagai faktor, misalnya, bencana alam, belalang, penyebaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk dan lain-lain. Situasi tersebut telah menjejaskan pengeluaran hasil pertanian dan sekali gus mempengaruhi pengedaran bekalan makanan dalam kalangan penduduk. Akibatnya, pihak penjajah telah membangunkan semula sektor pertanian berasaskan makanan di Borneo Utara dengan menjadikan aspek sekuriti makanan sebagai perkara utama yang perlu ditangani oleh penjajah walaupun masih mengekalkan agenda utama mereka untuk memonopoli sumber ekonomi yang terdapat di Borneo Utara. Oleh itu, berdasarkan penggunaan sumber primer dan sumber kedua, makalah ini akan menjelaskan usaha penjajah dalam menangani isu sekuriti makanan, khususnya berkaitan ketersediaan makanan, melalui dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan kolonial dalam sektor pertanian. Perkara ini akan mencakupi aspek perancangan, perolehan, dan pengedaran makanan di Borneo Utara semasa era penjajahan.

Item Type: Article
Keyword: Sekuriti makanan , Perancangan dan pembangunan , Dasar pertanian , Bekalan makanan , Borneo utara
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) > S419-482 History
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Nov 2022 20:04
Last Modified: 10 Nov 2022 20:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34785

Actions (login required)

View Item View Item