Pang, Tin Yee (2009) Perbandingan amalan makanan dan pemakanan, aktiviti fizikal dan persepsi imej tubuh antara remaja perempuan yang berlebihan berat badan dan berat badan normal di Sekolah Menengah Persendirian Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000494.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk membanding dan mengetahui hubungan antara amalan makanan dan pemakanan, aktiviti fizikal dan persepsi imej tubuh di antara remaja perempuan yang berlebihan berat badan dan berat badan normal di S. M. P. Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah. Indeks jisim tubuh (IJT) digunakan untuk mengukur 172 remaja perempuan terpilih yang berumur 15-17 tahun untuk mengenalpasti responden yang berlebihan berat badan dan berat badan normal. Responden-responden sudah menjawab borang soalselidik sendiri yang melingkungi demografi, pengetahuan pengurusan berat badan, tabiat pemakanan, gaya hidup, borang kekerapan pengambilan makanan, diari pengambilan makanan dan aktiviti fizikal, serta carta imej tubuh. Kajian mendapati sebanyak 38 (22%) responden yang berlebihan berat badan dan 134 (78%) responden yang berat badan normal. Berbanding dengan responden berat badan normal, responden berlebihan berat badan adalah lebih tidak puas hati terhadap imej tubuh mereka dengan signifikan dalam julat X ²=13.048; p=0.001. Responden berlebihan berat badan juga lebih kerap makan makanan segera (X ²=12.558: p=0.002), lewat untuk bersarapan pagi (X ²=14.470; p=0.002), jarang mengambil sarapan (X ²=9.833; p=0.020), dan lebih suka masakan bergoreng (X ²=15.240; p=0.002). Mereka juga mengambil kalori yang lebih tinggi (p<0.001), dengan peratusan lemak (p=0.020) dan protein (p<0.001) daripada jumlah tenaga yang lebih tinggi berbanding dengan responden berat badan normal. Responden berlebihan berat badan lebih kerap menonton televisyen (X ²=10.758; p=0.013) dan bermain komputer(X ²=18.683; p<0.001), masa bangun yang lebih lewat (X ²=18.197; p<0.001), serta masa tidur petang yang lebih panjang (X ²=28.189; p<0.00l). Kesimpulannya, terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi imej tubuh, tabiat pemakanan dan aktiviti fizikal dengan berat badan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Body image perception, Dietary practices, Overweight, Sekolah Menengah Persendirian Kian Kok Kota Kinabalu, |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 02 Mar 2012 10:30 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 09:01 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3484 |
Actions (login required)
View Item |