Tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja di agensi kerajaan

Nur Affizan Shahnizan (2022) Tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja di agensi kerajaan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (299kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan antara sokongan berkaitan kerja dengan tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja di agensi kerajaan. Sokongan berkaitan kerja terdiri daripada tiga aspek iaitu sokongan rakan sekerja, sokongan organisasi dan sokongan penyelia. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja di agensi kerajaan. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji perhubungan antara kedua-dua pemboleh ubah iaitu sokongan berkaitan kerja dan tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja di agensi kerajaan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian ini terdiri daripada 162 orang responden dalam kalangan pekerja di Agensi Kerajaan Kota Kinabalu, Sabah bagi menjawab borang soal selidik. Borang soal selidik ini diedarkan menggunakan pautan Google Form kepada 162 orang responden secara rawak melalui media sosial seperti Whatsapp, Facebook, dan Telegram pengkaji. Data yang diperoleh melalui soal selidik akan dianalisis menggunakan SPSS versi 28. Berdasarkan analisis deskriptif, sokongan berkaitan kerja adalah pada tahap yang tinggi, manakala tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja di agensi kerajaan juga pada tahap yang tinggi. Selain itu, analisis kolerasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara sokongan berkaitan kerja dan tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja dengan mencatatkan nilai kolerasi yang tinggi. Bagi analisis regresi pelbagai pula telah menunjukkan bahawa terdapat dua sokongan berkaitan kerja yang signifikan terhadap tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja di agensi kerajaan. Oleh itu, hipotesis kajian iaitu (H1 ) sokongan rakan sekerja dan (H2 ) sokongan organisasi adalah diterima yang mana wujud hubungan antara sokongan berkaitan kerja yang mempengaruhi tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja di agensi kerajaan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Tahap kecerdasan emosi , Sokongan berkaitan kerja , Pekerja , Agensi kerajaan
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5548.7-5548.85 Industrial psychology
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Apr 2023 09:40
Last Modified: 05 Apr 2023 09:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35333

Actions (login required)

View Item View Item