Nurmaisarah Kamarizatul Azira (2022) Kegunaan dan kepuasan aplikasi facebook terhadap peniaga kecil di Pekan, Pahang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
24 PAGES.pdf Download (420kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Media sosial telah menjadi suatu fenomena pemasaran yang penting dalam persekitaran perniagaan. Penyelidikan yang dilakukan terhadap peniaga kecil di Pekan, Pahang merupakan sesuatu yang unik untuk dikaji memandangkan kini lebih ramai orang menceburi diri dalam bidang perniagaan. Kajian ini memperlihatkan kegunaan dan kepuasan aplikasi facebook daripada survei ke atas 100 orang responden di Pekan, Pahang yang merujuk kepada teori Kegunaan dan Kepuasan (U&G). Hasil dapatan mendapati bahawa peniaga di Pekan, Pahang amat memerlukan penggunaan aplikasi facebook sebagai medium pemasaran. Data penyelidikan juga menunjukkan bahawa peniaga kecil di Pekan, Pahang ini bukan sahaja menggunakan aplikasi facebook sebagai medium pemasaran sahaja, malah mereka turut menjadikan aplikasi facebook sebagai sumber pencarian maklumat, hiburan, integrasi social dan intergrasi peribadi. Mereka turut, menjadikan aplikasi facebook sebagai satu keperluan untuk mendekatkan hubungan yang jauh. Kajian mendapati bahawa, melalui pemasaran secara dalam talian boleh berlaku peningkatan bilangan usahawan peniaga kecil yang akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Keperluan , Kegunaan , Kepuasan dan facebook |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5410-5417.5 Marketing. Distribution of products |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 10 Apr 2023 12:35 |
Last Modified: | 10 Apr 2023 12:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35345 |
Actions (login required)
View Item |