Kegunaan dan kepuasan aplikasi facebook dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Bebangsaan Segaliud di Sandakan

Harmia Abdul Halim (2022) Kegunaan dan kepuasan aplikasi facebook dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Bebangsaan Segaliud di Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji Kegunaan dan Kepuasan Aplikasi Facebook dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan Segaliud, Sandakan. Kajian ini menggunakan teori komunikasi iaitu teori Kegunaan dan Kepuasan (U&G). Kajian ini memfokuskan 3 objektif kajian iaitu mengenalpasti keperluan aplikasi Facebook dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan Segaliud. Selain itu, objektif kajian ini juga mengenalpasti penggunaan Facebook dalam kalangan pelajar. Objektif kajian lain adalah untuk mengenalpasti kepuasan yang diperolehi dalam menggunakan Fcaebook bagi pelajar sekolah menengah. Seramai 100 sampel responden telah terlibat dalam menjawab soal selidik kajian ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 sehingga tingkatan lima sekolah menengah kebangsaan Segaliud. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam borang soal selidik menggunakan Google form untuk diedarkan kepada responden. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi Facebook digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain adalah tujuan utama penggunaan Facebook dalam kalangan responden. Kepuasan utama yang diperolehi daripada penggunaan Facebook adalah membantu untuk merapatkan hubungan sesame ahli keluarga, saudara dan kenalan yang jauh. Secara khususnya, aplikasi Facebook ini digunakan untuk berkomunikasi disamping ia dapat merapatkan hubungan sesama manusia walaupun dari jarak yang jauh.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Facebook , Keperluan , Kegunaan , Kepuasan
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Apr 2023 12:36
Last Modified: 10 Apr 2023 12:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35347

Actions (login required)

View Item View Item