Dinamika pengetua wanita sebagai agen perubahan di sekolah berpaksikan gaya komunikasi dinamik: satu perspektif

Emma binti Tingkas and Syahruddin Awang Ahmad (2022) Dinamika pengetua wanita sebagai agen perubahan di sekolah berpaksikan gaya komunikasi dinamik: satu perspektif. Jurnal Kinabalu, 28 (1). pp. 98-123. ISSN 2600-867X

[img] Text
Abstract.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (446kB) | Request a copy

Abstract

Pengetua merupakan pemimpin atau individu terpenting yang berperanan membawa transformasi dalam memastikan visi dan misi sekolah mampu untuk direalisasikan. Pengetua wanita tidak terkecuali daripada memainkan peranan sebagai agen perubahan, sama seperti peranan yang dimainkan oleh pengetua lelaki. Artikel ini mengetengahkan peranan pengetua wanita yang bertindak sebagai agen perubahan di sebuah sekolah menengah yang terletak di daerah Tuaran. Dalam artikel ini, pengetua wanita melaksanakan peranan sebagai ketua dalam organisasi berpaksikan kepada gaya komunikasi Dinamik berdasarkan daripada dapatan kajian yang diperoleh dari sesi temu bual mendalam bersama dengan pengkaji dan juga edaran borang soal selidik dalam kalangan subordinat yakni guru-guru yang berkhidmat di bawah seliaan beliau. Gaya Komunikasi Dinamik ini merupakan gaya komunikasi yang berorientasikan tindakan (action oriented) menurut Tubbs dan Moss (1996) dalam buku yang dihasilkan oleh mereka, iaitu Human Communication. Kajian ini menyimpulkan bahawa pengetua wanita berjaya melaksanakan peranan sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin, mentadbir dan mengurus serta membawa kepada anjakan paradigma yang melibatkan aspek akademik, kokurikulum, disiplin dan persekitaran sekolah yang membanggakan. Dapatan kajian ini sekali gus mengesahkan lagi dapatan kajian para sarjana lain sebelum ini yang menyatakan bahawa pengetua merupakan agen perubahan yang menjadi inti pati utama dalam membawa transformasi di sekolah.

Item Type: Article
Keyword: Gaya komunikasi, Pengetua wanita, Komunikasi dalam organisasi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 May 2023 09:44
Last Modified: 03 May 2023 09:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35397

Actions (login required)

View Item View Item