Nurul Liyana Farahani Razali (2022) Sejarah tuntutan Filipina (Kesultanansulu) ke atas Sabah (1962-2013). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
24 PAGES.pdf Download (530kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Kajian berbentuk ilmiah ini adalah berkaitan dengan sejarah tuntutan Filipina ke atas Sabah dari tahun 1962 sehinggalah tahun 2013. Kajian ini telah mengetengahkan tiga objektif utama iaitu menelusuri sejarah pemilikan wilayah Pantai Timur Sabah terhadap Kesultanan Sulu, membincangkan tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam konteks sejarah dan perundangan dan membahaskan kesan langsung tuntutan Filipina ke atas Sabah. Dalam usaha untuk menghasilkan kajian ini, metod kajian yang telah digunakan ialah kaedah kualitatif yang mana kaedah ini amat sesuai digunakan dalam menerangkan sesuatu yang berkaitan dengan sejarah. Dari segi penggunaan sumber pula, kajian ini telah menggunakan dua jenis sumber iaitu sumber primer dan juga skunder. Dapatan kajian ini telah mendapati bahawa penuntutan ke atas Sabah amat jelas dilihat telah memberi impak yang amat besar dalam aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Penuntutan yang dilakukan ini telah bermula apabila termaterainya perjanjian yang dilakukan oleh pihak British dan juga Sulu pada 22 Januari 1878 yang dikenali sebagai Perjanjian Pajakan 1878. Penuntutan ini telah dimulakan oleh waris-waris Sultan Sulu yang telah mendakwa bahawa Kesultanan Sulu mempunyai hak dan juga kuasa ke atas Sabah suatu ketika dahulu. Oleh hal yang demikian, mereka telah melakukan pelbagai usaha serta mengatur beberapa strategi untuk melakukan penuntutan semula ke atas Sabah. Mereka juga telah menggesa serta mendesak Republik Filipina dengan menggunakan akhbar tempatan Filipina agar memberi sokongan serta dorongan terhadap tuntutan yang mereka lakukan. Republik Filipina juga dipaksa untuk menjadikan tuntutan ke atas Sabah sebagai polisi negara agar penuntutan tersebut tidak dilupakan mahupun diendahkan. Keadaan tersebut telah menyebabkan Filipina mengorak langkah untuk melakukan penuntutan ke atas Sabah sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Dalam usaha untuk melakukan penuntutan Sabah, bebarapa insiden bersejarah telah berlaku sehingga meragut banyak nyawa dan diingati sehingga ke hari ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Tuntutan ke atas Sabah , Kesultanan Sulu , Perjanjian 1878 , Republik Filipina , Malaysia |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 22 May 2023 09:30 |
Last Modified: | 22 May 2023 09:30 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35510 |
Actions (login required)
View Item |