Keberkesanan Pengaturan Kerja Fleksibel: Penghibridan Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Perakaunan

Sharifah Rahama Amirul and Rasid Mail and Sharifah Milda Amirul and Jakaria Dasan (2021) Keberkesanan Pengaturan Kerja Fleksibel: Penghibridan Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Perakaunan. Jurnal Pengurusan. pp. 1-18.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Sejak beberapa dekad pengaturan kerja fleksibel (PKF) telah menjadi perhatian disebabkan oleh cabaran sosioekonomi, kemajuan teknologi, perniagaan tanpa sempadan dan terkini ialah krisis pandemik yang telah mendesak kebanyakan perniagaan untuk terus beroperasi melalui PKF. Menerusi kajian ini suatu kerangka penyelidikan yang agak baharu diperkenalkan bertujuan untuk mempelopori penyelidikan penghibridan pengurusan sumber manusia (PSM) dan perakaunan pengurusan (PP) agar PKF dapat dirancang dengan lebih berkesan. Kajian ini berdasarkan epistemologi interpretivisme dan pendekatan konstruktivis sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa PSM dan PP adalah dua fungsi perniagaan yang berbeza tetapi mempunyai peranan dan tanggungjawab yang bersalingan atau bertindih di dalam organisasi. Oleh itu penghibridan strategi antara PSM dan PP dalam merangka pelan pelaksanaan PKF yang lebih efektif dan efisien adalah wajar. Keaslian kajian ini ialah mengembangkan kerangka konseptual strategik antara PSM dan PP dan mengembangkan landasan penyelidikan yang lebih konklusif dan membantu organisasi dalam penyediaan pelan strategik dalam pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel.

Item Type: Article
Keyword: Pengaturan kerja fleksibel (PKF) ; Pengurusan sumber manusia (PSM) ; Perakaunan pengurusan (PP)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
H Social Sciences > HJ Public Finance > HJ9-9940 Public finance > HJ9701-9940 Public accounting. Auditing
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 13 Jun 2023 14:51
Last Modified: 13 Jun 2023 14:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35634

Actions (login required)

View Item View Item