Faktor-faktor penentu pembelian makanan halal atas talian dalam kalangan generasi milenial muslim

Nadiah Rus Liyana Rusli and Kasimah Kamaruddin and Shahirah Said (2023) Faktor-faktor penentu pembelian makanan halal atas talian dalam kalangan generasi milenial muslim. BITARAInternational Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 6 (2). pp. 30-43.

[img] Text
Abstract.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (333kB) | Request a copy

Abstract

Trend pembelian makanan secara atas talian didapati mengalami kenaikan penggunaan yang ketara sejak Mac 2020 iaitu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan di Malaysia. Kenaikan mendadak ini berpunca daripada tingkah laku pengguna khususnya generasi Milenial yang memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang semasa PKP bagi mengekang penularan COVID-19. Tambahan itu, pengguna Milenial masa kini juga lebih memilih untuk menjadikan ulasan dan pandangan pemengaruh makanan sebagai penanda aras sebelum membuat sebarang pembelian termasuklah dalam pembelian makanan atas talian. Oleh itu, peranan pemengaruh makanan adalah penting dalam mengiklankan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna. Sumber maklumat yang boleh dipercayai melalui mesej persuasif berupaya mempengaruhi niat pembelian pengguna terhadap barangan dan juga perkhidmatan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji niat pengguna terhadap pembelian makanan secara atas talian dalam kalangan pengguna Milenial Muslim melalui beberapa faktor iaitu kualiti makanan, persepsi kemudahan, pemengaruh makanan dan kegunaan teknologi. Kajian ini menggunakan pendekatan pensampelan bukan kebarangkalian sebanyak 179 responden. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kegunaan teknologi dan pemengaruh makanan berupaya untuk mempengaruhi niat pengguna Muslim Milenial dalam pembelian makanan halal atas talian.

Item Type: Article
Keyword: Makanan Halal atas Talian, Pengguna Muslim Milenial
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Jun 2023 20:55
Last Modified: 16 Jun 2023 20:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35640

Actions (login required)

View Item View Item