Ketahanan kendiri dan kesediaan bekerja dalam kalangan pelajar universiti di Sabah dalam tempoh pandemik covid-19

Mohd Faqhrullah Khamis and Getrude C. Ah Gang (2023) Ketahanan kendiri dan kesediaan bekerja dalam kalangan pelajar universiti di Sabah dalam tempoh pandemik covid-19. Southeast Asia Psychology Journal, 11. pp. 33-49.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (273kB) | Request a copy

Abstract

Penularan wabak Covid-19 telah banyak merubah corak pembelajaran dan pengajaran (PdP) di universiti yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Perubahan corak pembelajaran ini mengundang rasa bimbang dalam kalangan pelajar universiti terutamanya pelajar tahun akhir di Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta (IPTA/IPTS). Hal ini kerana mereka perlu berhadapan dengan cabaran dan persaingan dalam mendapatkan pekerjaan ekoran berlakunya pandemik Covid-19. Semua ini memerlukan ketahanan kendiri yang tinggi khususnya dalam kalangan pelajar tahun akhir. Dalam meneroka fenomena ini, satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pengaruh tahap ketahanan kendiri terhadap kesediaan mereka untuk bekerja dalam kalangan pelajar tahun akhir di IPTA dan IPTS. Kajian ini juga mengkaji perbezaan antara pelajar IPTA dan IPTS dari segi ketahanan kendiri dan kesediaan mereka untuk bekerja dalam era pandemik. Seramai 345 orang pelajar tahun akhir di IPTA/IPTS di Sabah turut serta dalam kajian. Kajian mendapati, wujud pengaruh ketahanan kendiri terhadap kesediaan bekerja bagi pelajar IPTA dan IPTS di Sabah. Dari segi perbezaan ketahanan kendiri dan kesediaan bekerja pula, tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah terhadap pelajar tahun akhir bagi kedua kumpulan pelajar IPTA dan IPTS. Secara keseluruhannya, isu yang dibincangkan dalam kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar tahun akhir IPTA/IPTS untuk lebih bersedia dalam mendepani cabaran dalam memasuki dunia pekerjaan tidak kira dalam apa juga situasi yang berlaku di luar jangka.

Item Type: Article
Keyword: Ketahanan kendiri, Kesediaan bekerja, IPT Sabah, Covid-19, Pelajar tahun akhir
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia > LG173 Malaysia
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Aug 2023 12:22
Last Modified: 17 Aug 2023 12:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36550

Actions (login required)

View Item View Item