Persepsi Guru Novis Bahasa Melayu Terhadap Pengaplikasian Peta Pemikiran I-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Akmal Idrus and Crispina Gregory K Han (2023) Persepsi Guru Novis Bahasa Melayu Terhadap Pengaplikasian Peta Pemikiran I-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8. pp. 1-13.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (38kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (249kB) | Request a copy

Abstract

Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui Program i-Think telah berjalan selama lebih daripada sepuluh tahun. Pendedahan kepada peta pemikiran i-Think pada peringkat sekolah melibatkan semua peringkat guru termasuklah guru novis. Peta pemikiran i-Think juga diperkenalkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk semua mata pelajaran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru novis bahasa Melayu terhadap pengaplikasian peta pemikiran i-Think dalam PdP bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan kaedah kajian kes yang menggunakan pensampelan bertujuan yang melibatkan lima orang informan di dua buah sekolah rendah di daerah Sipitang, Sabah. Dapatan kajian yang diperoleh mendapati bahawa terdapat tiga dapatan utama yang menunjukkan persepsi positif guru novis bahasa Melayu terhadap pengaplikasian peta pemikiran i-Think dalam PdP bahasa Melayu. Persepsi tersebut adalah berkaitan kebaikan, keberkesanan dan kewajaran menggunakan peta pemikiran i-Think bagi tujuan PdP. Pendedahan kepada pemikiran i-Think sangat penting dalam usaha meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid.

Item Type: Article
Keyword: Thinking Map, i-Think, Higher Order Thinking Skills, Novice Malay Teacher
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Sep 2023 08:52
Last Modified: 01 Sep 2023 08:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36623

Actions (login required)

View Item View Item