Pengajaran KBAT Merentas Kurikulum: Cabaran Guru dalam Pelaksanaan

Christina Andin and Rosmiza M.Z (2023) Pengajaran KBAT Merentas Kurikulum: Cabaran Guru dalam Pelaksanaan. Jurnal Pemikir Pendidikan, 11. pp. 61-72. ISSN 1985-3637

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (336kB) | Request a copy

Abstract

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merentas kurikulum memerlukan semua guru melaksanakan perubahan pendekatan pengajaran daripada berpusat guru kepada berpusatkan pelajar. Guru bukan lagi sebagai pemberi maklumat dan pelajar bukan lagi sebagai penerima yang pasif. Guru perlu menjadi fasilitator pembelajaran dan pelajar perlu aktif dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, kajian lepas mendapati pelaksanaan KBAT kurang berkesan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengalaman guru terutamanya dalam aspek cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif secara temu bual mendalam bersama 6 orang guru di sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat elemen utama dalam cabaran pelaksanaan KBAT iaitu inovasi, guru, persekitaran dan pemantauan. Elemen inovasi dikaitkan dengan aspek fundamental seperti kerencaman dasar versus keupayaan melaksana. Elemen guru berkisar dengan kesediaan guru seperti pengetahuan dan kemahiran. Elemen persekitaran berkait dengan faktor budaya organisasi seperti budaya kerja, kepimpinan sekolah, motivasi kerja, dan infrastruktur sokongan. Elemen pemantauan memberi fokus kepada faktor seperti penilaian pencapaian dasar. Hasil kajian ini boleh digunakan bukan sahaja oleh guru sebagai pelaksana, tetapi juga pembuat dasar, untuk tujuan penambahbaikan berterusan agar objektif dasar KBAT dapat dicapai.

Item Type: Article
Keyword: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Cabaran, Guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2361-2365 Curriculum
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Sep 2023 10:45
Last Modified: 19 Sep 2023 10:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37271

Actions (login required)

View Item View Item