Kandungan logam berat di dalam makanan tin (Sardin) yang dipasarkan di sekitar Kota Kinabalu

Nur Syuhairah Abu Bakar (2007) Kandungan logam berat di dalam makanan tin (Sardin) yang dipasarkan di sekitar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000434.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan untuk menganggarkan kandungan kadmium, kuprum, ferum, zink, dan plumbum dalam lapan produk sardin yang dipasarkan di sekitar Kota Kinabalu. Sardin dalam tin telah dipilih berdasarkan tempoh simpanan dan negara pengeluar. Sampel-sampel sardin dicernakan dengan menggunakan teknik pencernaan basah sebelum dianalisis dengan Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Logam-logam yang hadir pada kepekatan yang tinggi adalah ferum dan zink di mana masing-masing berada pada julat 46.70 ± 0.18 mg/kg hingga 224.11 ± 0.58 mg/kg untuk ferum dan 9.89 ± 0.58 mg/kg hingga 38.56 ± 3.26 mg/kg untuk zink. Logam-logam lain iaitu kadmium dan kuprum masing-masing berjulat 0.38 ± 0.31 mg/kg hingga 0.97 ± 0.51 mg/kg dan 1.94 ± 0.24 mg/kg hingga 10.15 ± 2.97 mg/kg. Walau bagaimanapun, tiada plumbum yang dikesan dalam kajian ini. Kesemua logam yang dikaji didapati mematuhi had maksima yang terkandung dalam Akta Makanan 1983. Ini menunjukkan bahawa kesemua produk sardin adalah selamat untuk dimakan. Walau bagaimanapun, kandungan kadmiumnya amat menghampiri nilai maksima. Sebanyak 0.97 mg/kg kadmium telah dilaporkan dalam sardin iaitu hanya 0.03 mg/kg sahaja melebihi Akta Makanan 1983. Kesan pengambilan kadmiun yang tinggi akan menyebabkan kerosakan pada hati dan ginjal. Kesimpulannya, kajian tentang paras logam berat dalam makanan dalam tin perlu diadakan dengan lebih kerap supaya memastikan bahawa makanan tersebut selamat untuk dimakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Cadmium, Copper, Zinc, Ferum, Plumbum, Canned sardines,
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Jan 2012 15:20
Last Modified: 12 Oct 2017 09:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/374

Actions (login required)

View Item View Item