Hubungan antara faktor penyumbang stres guru dengan efikasi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Barat Selatan, Sabah

Hee Pit Sang (2012) Hubungan antara faktor penyumbang stres guru dengan efikasi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Barat Selatan, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (993kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara faktor penyumbang stres guru dengan efikasi guru di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Pantai Barat Selatan, Sabah. Di samping itu, hubungan antara dimensi kedua-dua pembolehubah ini turut dikaji. Melalui kajian ini, aras kedua-dua pembolehubah kajian akan ditentukan. Dalam menganalisis data kajian ini, kaedah kuantitatif digunakan untuk menguji kesemua hipotesis kajian dan penentuan aras. Dengan itu, dalam pengujian faktor penyumbang stres guru, instrumen yang dibina oleh Jepson dan Forrest (2006) yang mempunyai dua dimensi dengan skala 5 poin digunakan iaitu dimensi kesungguhan guru dalam pencapaian ( Teacher Achievement Striving Scale/ TASS) dengan nilai alfa Cronbach, a= .75 dan komitmen kerja guru ( Teacher Occupational Commitment Scale/ TOCS) dengan nilai alfa Cronbach, a= .76. Sementara itu, dalam pengujian efikasi guru, instrumen ( Teacher Sense of Efficacy Scale/ TSESJ yang dibina oleh Tschannen-Moranm dan Hoy (2001) mempunyai tiga dimensi dengan skala 9 point digunakan iaitu penglibatan pelajar dalam kelas dengan nilai alfa Cronbach, a = .81, pengurusan kelas dengan nilai alfa Cronbach, a = .86 dan strategi pengajaran dalam kelas dengan nilai alfa Cronbach, a = .86. Data dikutip dengan dengan menggunakan kedua-dua instrumen kajian ini ke atas 750 orang guru yang melibatkan 19 buah sekolah. Dalam penentuan aras faktor penyumbang stres guru dan efikasi guru, statistik desktiptif digunakan untuk mencari minnya. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan kedua-dua pembolehubah kajian adalah pada aras tinggi, demikian juga setiap dimensi yang terkandung dalam kedua-dua pembolehubah kajian. Selain itu, statistik inferensi iaitu ujian Pearson pula digunakan untuk menguji hubungan antara faktor penyumbang stres guru dengan efikasi guru dan seterusnya menguji hubungan antara dimensi kedua-dua pembolehubah ini. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan lemah antara kedua-dua pembolehubah kajian ini. Keputusan yang serupa juga diperoleh dalam penentuan hubungan antara dimensi-dimensi kajian.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Stres, Efikasi guru, Sekolah menengah, Sabah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 Oct 2023 16:24
Last Modified: 23 Oct 2023 16:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37528

Actions (login required)

View Item View Item