Norhana Yatih Kakom (2014) Pemberian kerja rumah matematik dalam kalangan murid tahun lima di sebuah sekolah rendah luar bandar daerah Kota Belud : Satu kajian kes. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (854kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji amalan pemberian kerja rumah dalam kalangan guru-guru tahun lima di sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah Kota Belud. Selain itu persepsi dan penglibatan ibu bapa murid dalam kerja rumah serta faedahnya terhadap pembelajaran akan turut dikaji. Pengkaji bertindak sebagai instrumen dalam kajian kualitatif ini untuk mengumpul data hasil daripada temu bual dengan guru-guru dan ibu bapa selain menganalisis dokumen yang berkaitan dengan pemberian kerja rumah. Tujuan utama pemberian kerja rumah adalah sebagai pengukuhan dan latih tubi kepada topik yang telah dipelajari dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru memberikan kerja rumah setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir. Kerja rumah tersebut menuntut penglibatan ibu bapa yang berperanan sebagai pembimbing dan pemantau ketika anak menyiapkan kerja rum ah yang diberikan. Ibu bapa menyokong pemberian kerja rumah kerana melihatnya sebagai satu 'alat' yang menggalakkan anak untuk belajar. Faedah kerja rumah dalam pembelajaran dapat dilihat dalam proses belajar ketika menyiapkan kerja rumah seterusnya membawa kepada pencapaian dalam Matematik.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Matematik, Murid, Sekolah rendah, Luar bandar, Kota Belud |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 30 Oct 2023 17:58 |
Last Modified: | 30 Oct 2023 17:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37536 |
Actions (login required)
View Item |