Hubungan kemahiran pedadogi, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi daripada program pembangunan profesional dengan kompetensi pengajaran guru sekolah rendah di Kota Marudu

Manshur Kotung (2014) Hubungan kemahiran pedadogi, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi daripada program pembangunan profesional dengan kompetensi pengajaran guru sekolah rendah di Kota Marudu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kemahiran pedagogi yang diperolehi dari Program Pembangunan Profesional Guru (PPPG) dengan kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan kompetensi pengajaran guru sekolah rendah di Kota Marudu. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik yang menggunakan skala Likert lima pilihan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science {SPSS} Version 21.0. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, analisis Varian Sehala (ANOVA) dan analisis Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran pedagogi yang diperolehi dari Program Pembangunan Profesionalisme Guru signifikan pada aras (p=0.048). Manakala, dapatan kajian menerusi kemahiran menggunakan ICT dan kompetensi berdasarkan tempoh perkhidmatan, kemahiran menggunakan ICT dan kekerapan menghadiri PPPG tidak signifikan. Analisis korelasi Pearson mendapati hubungan yang sederhana dan lemah iaitu hubungan antara kemahiran pedagogi dari PPPG dengan kompetensi pengajaran iaitu (r=557). Manakala, kemahiran menggunakan ICT dengan kompetensi pengajaran iaitu (r=351). Diharapkan kajian ini dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk mengatur strategi latihan-latihan atau PPPG tertentu yang diperlukan oleh para pendidik dalam meningkatkan kompetensi pengajaran khususnya di Kota Marudu.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kemahiran pedagogi, Program Pembangunan Profesional Guru, Teknologi maklumat dan komunikasi, ICT
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC5201-6660.4 Education extension. Adult education. Continuing education > LC5800-5808 Distance education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 Nov 2023 15:12
Last Modified: 03 Nov 2023 15:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37583

Actions (login required)

View Item View Item