Perkaitan antara kecerdasan emosi dengan kepuasan bekerja dalam kalangan guru disekolah rendah luar bandar daerah Ranau, Sabah

Ann @ Veronica Ginti John (2014) Perkaitan antara kecerdasan emosi dengan kepuasan bekerja dalam kalangan guru disekolah rendah luar bandar daerah Ranau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 pages.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja guru dalam kalangan guru sekolah rendah luar Bandar daerah Ranau. Pemilihan sampel telah dilakukan dan seramai 250 orang guru dari sepuluh buah sekolah Rendah Luar Bandar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan seterusnya data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi dengan bantuan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS versi 21.00 untuk windows). Soal selidik yang dibentuk mengandungi item yang kecerdasan emosi (soal selidik yang telah diubahsuai daripada Goleman 2000a). Korelasi Pearson, ANOVA Sehala dan ujian-t digunakan bagi menjawab hipotesis-hipotesis kajian. Hasil dapatan kajian pula mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi berdasarkan empati dengan kepuasan kerja guru. Selain itu, kecerdasan emosi didapati berbeza mengikut umur dan pengalaman. Implikasi dan cadangan hasil daripada dapatan kajian dibincangkan pada akhir bahagian penulisan. Dapatan kajian ini bukan sahaja bermanfaat kepada pengurusan organisasi sekolah secara teori dan praktis tetapi membantu pihak lain memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah yang ada di zaman globalisasi ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Emosi, Kepuasan kerja, Guru, Sekolah rendah luar bandar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Nov 2023 11:43
Last Modified: 22 Nov 2023 11:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37593

Actions (login required)

View Item View Item