Kepuasan guru PGSR terhadap penggunaan portal PGSR online

Noemi Linus (2011) Kepuasan guru PGSR terhadap penggunaan portal PGSR online. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Sistem E-Learning mewujudkan pendekatan sistem pembelajaran bermaklumat yang moden terhadap pendidikan. Namun, peningkatan mendadak terhadap kursus yang menawarkan sistem pembelajaran dalam talian seperti ini telah mewujudkan persoalan terhadap keberkesanan penyampaiannya. Kepuasan pelajar akan memastikan kejayaan terhadap pengimplementasian sistem ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan guru PGSR terhadap Portal PGSR Online yang dinilai melalui empat aspek iaitu interaksi dengan pensyarah, rakan sebaya, isi kandungan dan teknologi. Selain itu, pengalaman penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran turut dikaji. Seramai 193 guru PGSR ambilan November 2008 diambil sebagai responden. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 57 item. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian-t dan ANOVA Sehala. Kajian mendapati tahap kepuasan guru PGSR secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana (min, 2.55). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan tahap kepuasan guru PGSR terhadap Portal PGSR Online berdasarkan jantina, manakala terdapat perbezaan min yang signifikan tahap kepuasan berdasarkan lokasi IPG. Hasil kajian juga mendapati, terdapat hubungan linear yang kuat antara tahap kepuasan dengan interaksi dengan isi kandungan. Implikasi kajian menunjukkan pihak IPG perlu memberi perhatian terhadap isi kandungan agar ianya sentiasa dikemaskini serta menilai kualiti isi kandungan yang disampaikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: E-Learning, kepuasan guru PGSR, Portal PGSR Online
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Nov 2023 11:42
Last Modified: 22 Nov 2023 11:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37632

Actions (login required)

View Item View Item