Tahap kesediaan pengajaran fonik prabacaan bahasa Inggeris guru prasekolah di Sabah

Nur Nadhirah @ Khiruzani Mat Zaid (2017) Tahap kesediaan pengajaran fonik prabacaan bahasa Inggeris guru prasekolah di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (938kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kebolehan mengenal dan membunyikan huruf bahasa Inggeris melalui kaedah fonik adalah penting dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak prasekolah dapat membaca bahan bacaan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan guru-guru prasekolah dalam melaksanakan pengajaran fonik dalam prabacaan Bahasa Inggeris di Sabah. Seramai 97 guru dari tiga daerah berdasarkan penguasaan murid iaitu Kota Belud, Tambunan dan Nabawan telah dipilih. Antara aspek-aspek kesediaan yang dikaji 1) pengetahuan prosedural; 2) pengetahuan pedagogi; 3) pengetahuan penggunaan alat bantu mengajar; 4) pengurusan aktiviti pembelajaran; 5) sikap guru. Itemitem di dalam soal selidik dibina dan diubahsuai berpandukan kepada kajian Holly B. Lane (2007), Hornsby dan Wilson (2009) dalam kajian Mark B. smith (2011) dan Zahara Aziz dan Nik Azleena Nik Ismail (2007). Berdasarkan analisis deskriptif skor kesediaan guru prasekolah secara keseluruhan menunjukkan skor min daerah Kota Belud adalah tinggi berbanding Tambunan dan Nabawan. Manakala, analisis inferensi menggunakan ujian ANOVA sehala didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesemua aspek dengan daerah Kota Belud dan Nabawan. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan kesediaan aspek pengetahuan mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap guru-guru prasekolah di ketiga-tiga daerah. Hasil dapatan kajian ini diharapkan agar penguasaan prabacaan bahasa Inggeris murid-murid prasekolah akan lebih meningkat apabila faktor luaran dan dalaman murid di titik beratkan selain keberkesanan pengajaran guru. Akhir sekali, dicadangkan kajian masa depan dijalankan dengan membandingkan penguasaan murid dengan mengambilkira faktor persekitaran, keturunan/baka, bahasa ibunda, personaliti dan motivasi.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pengajaran fonik, Bahasa Inggeris, Prasekolah
Subjects: P Language and Literature > PE English language > PE1-3729 English > PE1001-1693 Modern English
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Nov 2023 14:52
Last Modified: 24 Nov 2023 14:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37635

Actions (login required)

View Item View Item