Pengaruh amalan dan persepsi guru tentang KSSR dengan motivasi kerja dalam kalangan guru di daerah Kota Marudu

Sanaleh Daud (2013) Pengaruh amalan dan persepsi guru tentang KSSR dengan motivasi kerja dalam kalangan guru di daerah Kota Marudu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (892kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauhmana tahap, perbezaan, hubungan, dan pengaruh amalan dan persepsi guru tentang KSSR dengan motivasi kerja guru dalam kalangan guru-guru di daerah Kota Marudu. Reka bentuk kajian yang digunakan pengkajian dalam kajian ini adalah menggunakan kajian deskriptif dan berbentuk kuantitatif. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan dua pemboleh ubah tidak bersandar iaitu amalan strategi pengajaran dan pembelajaran guru, dan persepsi guru. Manakala pembolehubah bersandar ialah motivasi guru. Populasi kajian adalah semua guru-guru yang mengajar tahun satu, dua dan tiga di semua 33 buah sekolah manakala kaedah persampelan yang dipilih adalah persampelan bukan rawak dengan teknik persampelan purposif. Pemilihan sampel teknik bertujuan ini adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh penyelidik khusus untuk mendapat sampel kajian yang dikehendaki iaitu seramai 234 orang sampel dari 29 buah sekolah yang terlibat. Data dikutip menggunakan instrumen soal selidik dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS 16.0 For Windows. Tahap skor min bagi amalan strategi pengajaran dan pembelajaran guru dalam KSSR adalah pada tahap yang tinggi (3.93) dan tahap persepsi guru tentang KSSR adalah sederhana (3.61) manakala tahap motivasi guru adalah paling tinggi iaitu dengan skor min 4.15. Manakala pengaruh amalan dan persepsi tentang KSSR terhadap motivasi kerja guru ( R2=36.1 %.), Persepsi Guru (32.1 % ) lebih mempengaruhi Motivasi daripada Amal an Strategi Guru kerana Amal an Strategi Guru hanya mampu mempengaruhi Motivasi sebanyak 4%. Cadangan dan juga kajian lanjutan ada dinyatakan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: KSSR, Motivasi kerja guru, Kajian, Kota Marudu
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Nov 2023 14:43
Last Modified: 30 Nov 2023 14:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37749

Actions (login required)

View Item View Item