Hubungan Keupayaan, penaakulan dan sikap dalam menyelesaikan masalah Matematik bukan rutin di kalangan pelajar Tingkatan Dua

Nor Sakimayuzie Ahmad Subki (2013) Hubungan Keupayaan, penaakulan dan sikap dalam menyelesaikan masalah Matematik bukan rutin di kalangan pelajar Tingkatan Dua. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap keupayaan, penaakulan dan sikap pelajar tingkatan dua dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin di sekolah menengah di daerah Tenom. Kajian ini memfokuskan kepada keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah yang merangkumi proses memahami masalah, merancang strategi penyelesaian dan menulis jawapan dengan betul. Selain dari itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara keupayaan, penaakulan dan sikap pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Dua alat kajian yang digunakan iaitu Ujian Keupayaan dan Penaakulan dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Bukan Rutin (UKPMBR) dan soal selidik berkaitan dengan sikap terhadap penyelesaian masalah metamatik. Kebolehpercayaan soal selidik berkaitan dengan sikap adalah a = 0.96. Tiga kategori yang dinilai dalam inventori sikap adalah kesanggupan dalam aktiviti menyelesaikan masalah, ketabahan ketika menyelesaikan masalah dan keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah. Persampelan adalah secara persampelan kelompok. Sampel kajian adalah terdiri daripada 300 orang pelajar. Analisis statistik deskriptif clan inferensi digunakan dalam tatacara penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tingkatan dua mempunyai kemahiran memahami masalah pada tahap tinggi tetapi mempunyai kemahiran merancang strategi dan menulis j awapan pada tahap yang sederhana. Kemahiran melaksanakan strategi berada pada tahap sederhana juga, akan tetapi ia adalah lebih baik berbanding dengan kemahiran merancang strategi dan menulis jawapan. Tahap penaakulan pelajar dalam menyelesaikan masalah bukan rutin berada pada taliap sederhana. Tahap sikap kesanggupan pelajar berada pada tahap yang tinggi dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Manakala tahap sikap ketabahan dan keyakinan berada pada tahap sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan antara keupayaan dan penaakulan dalam menyelesaikan masalah matematik buk:an rutin di kalangan pelajar tingkatan dua. Manak:ala dapatan kajian menunjukkan tidak: terdapat hubungan yang signifikan antara penaakulan dengan sikap dan antara keupayaan dengan sikap dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin di kalangan pelajar tingkatan dua. Implikasi kajian ini dapat dijadikan maklumat tambahan dan yang bermanfaat kepada semua pihak yang berkaitan, khususnya sekolah menengah di daerah tenom dan institusi latihan dan pengurusan pendidikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Masalah Matematik, Penaakulan, Sikap pelajar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:31
Last Modified: 12 Jan 2024 09:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37891

Actions (login required)

View Item View Item