Kesan penggunaan mnemonik “siasat” berbantukan jadual pendaraban indeks dan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian matematik pelajar berpencapaian rendah

Mariani John D. Sibatu @ Marylyn and Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah (2023) Kesan penggunaan mnemonik “siasat” berbantukan jadual pendaraban indeks dan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian matematik pelajar berpencapaian rendah. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 8. pp. 177-190.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (519kB) | Request a copy

Abstract

Pelajar berpencapian rendah sering mengalami masalah dalam pembelajaran matematik khasnya dalam Pendaraban Indeks, salah satu tajuk yang perlu dikuasai oleh pelajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan penggunaan teknik mnemonik akronim SIASAT berbantukan jadual pendaraban indeks dan pembelajaran koperatif ‘Think-Pair-Share’ terhadap pencapaian pelajar Tingkatan Tiga berpencapaian rendah dalam pendaraban indeks. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dimana dua kumpulan ditetapkan, iaitu 40 orang pelajar dalam kumpulan kawalan dan 40 lagi pelajar dalam kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan telah mengikuti pembelajaran konvensional berpusatkan guru manakala kumpulan rawatan didedahkan kepada penggunaan mnemonik akronim SIASAT, jadual pendaraban indeks dan pembelajaran koperatif Think-Pair-Share. Dapatan kajian menunjukkan pelajar dalam kedua-dua kumpulan meningkatkan skor markah mereka daripada ujian pra kepada ujian pasca. Walau bagaimanapun, pencapaian pelajar dalam kumpulan rawatan jauh lebih baik berbanding kumpulan kawalan. Kajian ini telah menunjukkan keberkesanan penggunaan mnemonik akronim SIASAT, jadual pendaraban indeks dan pembelajaran koperatif Think-Pair-Share dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam pendaraban indeks. Justeru, guru-guru perlu kreatif dan inovatif serta proaktif dalam membangunkan pelbagai pendekatan, teknik dan bahan bantu mengajar bagi membantu pelajar berpencapaian rendah dalam pembelajaran matematik.

Item Type: Article
Keyword: Mnemonik Akronim, Jadual Pendaraban Indeks, Pembelajaran Koperatif, Think-Pair-Share
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA1-43 General
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 10 Jan 2024 10:19
Last Modified: 10 Jan 2024 10:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37896

Actions (login required)

View Item View Item