Mohd Farit Azamuddin Musa (2018) Bentuk dan motif pada senjata tradisional masyarakat Bajau Sama Kota Belud. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (904kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (29MB) |
Abstract
Bajau Sama Kota Belud merupakan masyarakat kedua terbesar di Sabah. Masyarakat ini menjalankan kegiatan pertanian dan memungut hasil hutan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bagi kaum lelaki senjata amat penting dalam kehidupan seharian kerana mereka menggunakan senjata sebagai alat untuk memburu, bercucuk tanam, dan lain-lain lagi. Setiap senjata yang dihasilkan mempunyai fungsi tertentu. Senjata yang dihasilkan merangkumi pida; gu!y lading, karis, kagayan dan gayang. Fungsi setiap senjata memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat ini sehingga mereka mengaplikasikan pelbagai jenis motif dan hiasan pada senjata melalui olahan idea yang diambil daripada persekitaran mereka. Kajian ini lebih memfokuskan kepada bentuk dan ukiran motif yang terdapat pada senjata tradisional dalam masyarakat ini melalui kajian lapangan (Fieldwork). Kajian ini dijalankan di daerah Kota Belud khususnya di Kampung Siasai Jaya, Kampung Siasai Dundau, Kampung Siasai Kumpang, dan Kampung Tengkurus. Data-data yang diperolehi adalah berbentuk kualitatif. Motif yang dikenalpasti terbahagi kepada tiga kategori iaitu flora, fauna dan alam sekitar. Aplikasi teori ikonografi oleh Erwin Panofsky (1939) adalah indikator pengkaji untuk mengupas intipati kajian melalui tiga peringkat iaitu primer/identifikasi, sekunder/analisis formal dan makna intrinsik/makna budaya. Selain itu, motif yang dikenalpasti juga diklasifikasikan kepada dua unsur imej organik dan geometrik. Kajian ini turut memaparkan unsur-unsur adat dan kepercayaan yang membawa nilai-nilai budaya masyarakat ini. Contohnya, representasi bentuk kubah masjid pada hujung sarung pida' membuktikan keteguhan pegangan agama Islam dalam masyarakat Bajau di Kota Belud.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Bajau Sama, Kota Belud, Senjata tradisional, Masyarakat |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > NK1-(9990) Decorative arts > NK3600-(9990) Other arts and art industries > NK9600-9955 Woodwork |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 31 Jan 2024 15:10 |
Last Modified: | 31 Jan 2024 15:10 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38049 |
Actions (login required)
View Item |