Pengaruh tingkahlaku kepimpinan instruksional, kepuasan kerja, kecerdasan emosi dan efikasi guru terhadap komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah New Deal di negeri Sarawak

Narahan Raduan (2016) Pengaruh tingkahlaku kepimpinan instruksional, kepuasan kerja, kecerdasan emosi dan efikasi guru terhadap komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah New Deal di negeri Sarawak. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (959kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (25MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat pengaruh tingkah laku kepimpinan instruksional, kepuasan kerja, kecerdasan emosi dan efikasi guru terhadap komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah New Deal di negeri Sarawak. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 476 orang dalam kalangan guru sekolah rendah berstatus New Deal di Sarawak. Kajian ini menggunakan konsep komitmen organisasi berdasarkan beberapa model (Meyer & Allen, 1997; Meyer et al., 2002; Ali Yusub & Gill, 1999) dan teori berkaitan faktor peramal sebagai model asas kerangka kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS dan AMOS melibatkan analisis deskriptif dan analisis inferens bagi menguji hipotesis kajian pada aras kesignifikanan p<0.5. Keputusan ujian min menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan tingkah laku kepimpinan instruksional, kepuasan kerja, kecerdasan emosi, efikasi guru dan komitmen organisasi berdasarkan jantina. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan tingkah laku kepimpinan instruksional dan kepuasan kerja berdasarkan pengalaman mengajar, namun sebaliknya terdapat perbezaan skor min yang signifikan kecerdasan emosi, efikasi guru dan komitmen organisasi. Dapatan keputusan analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara tingkah laku kepimpinan instruksional dan kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja. Begitu juga terdapat hubungan positif yang signifikan antara tingkah laku kepimpinan instruksional, kepuasan kerja dan kecerdasan emosi dengan efikasi guru, diikuti tingkah laku kepimpinan instruksional, kepuasan kerja, kecerdasan emosi dan efikasi guru dengan kom itmen organisasi. Dapatan utama kajian menunjukkan secara keseluruhan terdapat pengaruh yang signifikan faktor tingkah laku kepimpinan instruksional, kepuasan kerja, kecerdasan emosi dan efikasi guru terhadap komitmen organisasi. Analisis regresi berganda yang dijalankan menunjukkan efikasi guru adalah peramal utama menyumbang kepada komitmen organisasi sebanyak 31.1 peratus guru [B = .558, R2 =.311, t= 14.637, p=<.05]. Selain itu, analisis laluan model persamaan struktur menunjukkan data yang digunakan mempunyai penyesuaian munasabah bagi model pengukuran persamaan struktural yang dicadangkan. Justeru membuktikan keempat-empat variabel bebas tersebut mempunyai hubungan dan pengaruh secara langsung dan tidak langsung dengan variabel bersandar kajian iaitu komitmen organisasi. Akhir sekali, dapatan kajian menunjukkan bahawa efikasi guru bertindak sebagai mediator separa antara kecerdasan emosi dengan komitmen organisasi. Secara keseluruhannya diharap dapatan kajian ini memberi impak positif sebagai panduan intervensi meningkatkan komitmen organisasi guru berdasarkan gagasan faktor peramal khususnya dalam usaha mentransformasi dan menjulang kelestarian pendidikan negara.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Kepimpinan, Kepuasan kerja, Emosi guru, Oganisasi, Sekolah New Deal, Sarawak
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Feb 2024 15:37
Last Modified: 01 Feb 2024 15:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38082

Actions (login required)

View Item View Item