Hubungan antara efikasi guru dengan iklim sekolah di sekolah menengah kebangsaan di Sabah

A. Rahmat A. Talib (2011) Hubungan antara efikasi guru dengan iklim sekolah di sekolah menengah kebangsaan di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (202kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara efikasi guru dengan iklim sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan di Sabah. Kajian merangkumi Sembilan buah Daerah dan melibatkan 1437 orang responden yang terdiri dari guru-guru yang mengajar matapelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan tetapi tidak terlibat secara langsung dalam pentadbir sekolah. Kajian ini menggunakan dua jenis instrument yang terdapat dalam borang soal selidik skala Likert. Pertama ialah Skala Efikasi Kendiri Guru {Teacher Self Efficacy Sca/e-TSES) yang dibina oleh Tschannen Moran dan Woolfolk­Hoy(2001) mempunyai 12 item. Instrumen kedua iaitu Soal Selidik Persekitaran Peringkat Sekolah (School Level Environment Questionnaire-SLEQ) yang telah dibina oleh Fraser dan Rentoul (1982) dan seterusnya dikaji semula oleh Johnson et al (2007) mempunyai 20 item. Dapatan dari kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach ialah masing-masing . 923 dan . 728. Kajian dianalisis menggunakan Korelasi Pearson dalam Statistical Package For Social Science Versi 17.0 untuk ujian hipotisis pada aras signifikan p < .01. Statistik deskriptif juga telah digunakan untuk mencari frekuensi, peratusan dan min bagi taburan demografi. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga dimensi efikasi guru ini boleh memberi pengaruh terhadap iklim sekolah. Oleh yang demikian, kedua-dua pemboleh ubah, efikasi guru dan iklim sekolah mempunyai hubungan yang signifikan secara positif.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Efikasi guru, Sekolah menengah kebangsaan, Skala efikasi kendiri guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Feb 2024 09:59
Last Modified: 08 Feb 2024 09:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38099

Actions (login required)

View Item View Item