Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen sokongan sosial, kendiri dan pengurusan emosi bagi pembelajaran atas talian

Nurul Hudani Md Nawi and Habibie Ibrahim and Joki Perdani Sawai (2023) Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen sokongan sosial, kendiri dan pengurusan emosi bagi pembelajaran atas talian. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8. pp. 1-12. ISSN 2504-8562

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (259kB) | Request a copy

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran dalam talian memainkan peranan yang amat penting semasa berdepan dengan pandemik COVID-19. Kini, pembelajaran dalam talian bukan hanya sebagai bahan bantu mengajar tetapi sudah dikira sebagai kaedah utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Namun demikian pelbagai cabaran perlu dihadapi dan kesanggupan serta kejayaan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian bergantung kepada beberapa faktor seperti sokongan sosial, sokongan kendiri dan juga bebanan emosi yang perlu diurus dengan baik khususnya golongan mahasiswa. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kebolehpercayaan dan kesahan instrumen. Bagi tujuan tersebut, borang soal selidik telah diedarkan dan seramai 263 orang pelajar terlibat dalam kajian ini (44 = pelajar lelaki, 219 = pelajar perempuan). Instrumen yang telah digunakan adalah Medical Outcomes Study Social Support Survey (MOS-SSS), Interpersonal SelfSupport Scale for Adolescent Students (SSPS-AS) dan Emotion Regulation Questionnaire (ERQ). Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.0 telah digunakan untuk menganalisis kebolehpercayaan dan kesahan item. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebolehpercayaan ketekalan dalaman bagi MOS-SSS dan ERQ masing-masing adalah Cronbach = 0.934 dan 0.737 manakala SSPS telah menunjukkan alpha Cronbach = 0.707. Pearson's r untuk Domain-Total MOS-SS, SSPS-AS dan ERQ masing-masing berada dalam julat 0.715-0.898, 0.574-0.727 dan 0.516- 0.795. Keputusan ini menunjukkan bahawa pindaan yang dibuat dalam kajian awal telah meningkatkan kebolehpercayaan instrumen. Ujian awal sedemikian adalah penting dipraktiskan terutamanya dalam usaha untuk menggunakan instrumen tersebut dalam budaya yang berbeza sebelum penggunaannya diperluaskan bagi membolehkan hasil kajian yangdiperolehi nanti dapat digeneralisasikan dalm populasi secara menyeluruh.

Item Type: Article
Keyword: Sokongan sosial Sokongan kendiri Bebanan emosi Pengajaran dan pembelajaran dalam talian
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
R Medicine > RC Internal medicine > RC31-1245 Internal medicine > RC321-571 Neurosciences. Biological psychiatry. Neuropsychiatry > RC346-429 Neurology. Diseases of the nervous system Including speech disorders > RC435-571 Psychiatry > RC512-569.5 Psychopathology > RC530-552 Neuroses
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 06 Mar 2024 15:42
Last Modified: 06 Mar 2024 15:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38453

Actions (login required)

View Item View Item