Siti Rahmah Galib and Jalihah Md Shah (2023) Penglibatan Komuniti Dalam Program Homestay Berasaskan Ekopelancongan Kajian Kes Kampung Pinagon Baru, Ulu Kulu, Tuaran, Sabah. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 9 (1). pp. 114-128. ISSN 2462-2095
Text
ABSTRACT.pdf Download (38kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (350kB) | Request a copy |
Abstract
Penulisan artikel ini adalah berasaskan penglibatan ahli komuniti dalam homestay berasaskan ekopelancongan di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah. Pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah merupakan salah satu pusat pelancongan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Penglibatan ahli komuniti dalam homestay Ekopelancongan bukan sahaja dapat menjana pendapatan, malah dapat membuka peluang pekerjaan kepada komuniti terutama sekali kepada komuniti setempat. Secara umum, pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru dapat menarik minat komuniti setempat untuk terlibat. Hal ini demikian kerana, penglibatan komuniti merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara. Oleh itu, dalam setiap pembangunan yang dilakukan memerlukan penglibatan komuniti secara holistik. Selain itu, kaedah yang digunakan dalam memperoleh data adalah kualitatif. Seterusnya, dalam dapatan kajian mendapati terdapat pelbagai faktor yang mendorong ahli komuniti untuk terlibat dalam homestay berasaskan ekopelancongan. Secara keseluruhan, penulisan artikel ini cuba untuk memahami tahap penglibatan ahli komuniti dalam homestay berasaskan ekopelancongan di kampung Pinagon Baru, Ulu Kiuli, Tuaran Sabah yang mempunyai tahap penglibatan komuniti yang sangat menyeluruh. Meskipun terdapat cabaran yang dihadapi namun perkara tersebut tidak menjadi halangan kepada pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli, Tuaran Sabah Dengan penglibatan dalam ekopelancongan, komuniti tempatan akan menerima faedah dari segi ekonomi dan sosial. Dalam aspek ekonomi, ekopelancongan akan meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan masyarakat setempat. Melalui penglibatan komuniti dalam aktiviti pelancongan, komuniti tempatan akan menerima faedah dari segi ekonomi dan sosial.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Penglibatan komuniti, Tahap pengibatan komuniti, Cabaran dalam homestay |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX901-946.5 Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 02 May 2024 16:58 |
Last Modified: | 02 May 2024 16:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38630 |
Actions (login required)
View Item |