Pengaruh sokongan organisasi dan keupayaan menggunakan teknologi terhadap niat menggunakan e-pembelajaran dalam kalangan guru sekolah rendah di kawasan luar bandar Sabah

Avalynn Eusebio and Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof (2023) Pengaruh sokongan organisasi dan keupayaan menggunakan teknologi terhadap niat menggunakan e-pembelajaran dalam kalangan guru sekolah rendah di kawasan luar bandar Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 8. pp. 328-344.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (318kB)

Abstract

Sejajar dengan matlamat Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk membendung cabaran pandemik COVID-19, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian dengan kaedah secara tidak bersemuka menggunakan peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara meluas kerana aktiviti PdP terpaksa ditangguhkan serta merta disebabkan kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh mengakibatkan guru-guru mengalami teknostress kerana mengalami perubahan secara mendadak sekaligus mempengaruhi niat menggunakan pembelajaran dalam talian lebih-lebih lagi bagi guru-guru yang berada di luar bandar. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif dan merupakan kajian rintis yang melibatkan 37 orang guru yang terdiri daripada guru sekolah rendah di luar bandar, Sabah. Analisis regresi mudah digunakan untuk melihat pemboleh ubah sokongan organisasi dan keupayaan menggunakan teknologi dan pengaruhnya terhadap niat menggunakan e-pembelajaran. Berdasarkan analisis deskriptif, tahap sokongan organisasi dan keupayaan menggunakan teknologi dalam kalangan guru di seluruh Sabah adalah sederhana. Hasil kajian ini mendapati wujud pengaruh yang signifikan di antara sokongan organisasi dan keupayaan menggunakan teknologi dengan niat menggunakan e-pembelajaran. Ini menunjukkan guru akan mengalami tekanan untuk mempraktikkan e-pembelajaran jika kurang mendapatkan sokongan daripada organisasi sekolah untuk menggunakan teknologi walaupun mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi jika persekitaran tempat kerja kurang memuaskan turut mempengaruhi niat guru untuk menggunakan teknologidalam PdP. Sokongan organisasi juga penting jika guru tidak diberi sokongan, mereka mudah mengalami teknostress dalam menggunakan pembelajaran dalam talian. Oleh itu, motivasi dan sokongan organisasi serta kemahiran menggunakan teknologi sangat penting agar tidak ada golongan guru yang mengalami tekanan kerja dan memberi kesan kepada mutu pengajarannya terhadap murid-murid.

Item Type: Article
Keyword: Sokongan Organisasi, Keupayaan Menggunakan Teknologi, E-Pembelajaran, Guru, Luar Bandar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 May 2024 14:03
Last Modified: 17 May 2024 14:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38717

Actions (login required)

View Item View Item