Pengaruh kajian pelajaran dan bimbingan rakan guru sebaya terhadap amalan komuniti pembelajaran profesional di sekolah-sekolah berprestasi rendah di Sabah, Malaysia

Bitty Ansawi (2018) Pengaruh kajian pelajaran dan bimbingan rakan guru sebaya terhadap amalan komuniti pembelajaran profesional di sekolah-sekolah berprestasi rendah di Sabah, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (881kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB)

Abstract

Kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi salah satu penentu kecemerlangan pendidikan murid di sekolah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlulah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk memastikan matlamat pendidikan dicapai. Amalan komuniti pembelajaran profesional merupakan anjakan paradigma dalam senario pendidikan Malaysia yang dilaksanakan untuk memastikan profesionalisme dan kompetensi guru terus meningkat. Di bawah program Jurulatih Pakar Penambahbaikan Sekolah+ (SISC+ ), pelbagai program seperti kajian pelajaran dan bimbingan rakan guru sebaya dilaksanakan untuk membudayakan lagi amalan ini. Justeru itu, kajian ini mengkaji pengaruh pelaksanaan kajian pelajaran dan bimbingan rakan guru sebaya terhadap amalan komuniti pembelajaran profesional di sekolah-sekolah berprestasi rendah. Kajian ini memberi fokus terhadap guru-guru di bawah bimbingan SISC+ di sekolah-sekolah rendah berprestasi rendah di negeri Sabah. Selain itu, pengaruh penyederhanaan ciri-ciri demografi Uantina dan tempoh pengalaman mengajar) turut dikaji. Populasi kajian melibatkan guru-guru di sekolah-sekolah berprestasi rendah di negeri Sabah iaitu seramai 234 orang. Saiz sampel kajian adalah 147 orang yang dipilih menggunakan persampelan rawak berstrata. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik melalui emel. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan IBM SPSS Statistics 23.0 dan SmartPLS 3.2.7. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempersepsikan kajian pelajaran dan komuniti pembelajaran profesional dengan tinggi tetapi sederhana untuk bimbingan rakan guru sebaya. Kajian pelajaran dan bimbingan rakan guru sebaya mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan komuniti pembelajaran profesional. Jantina dan tempoh pengalaman mengajar bukan penyederhana yang signifikan dalam kajian ini. Kajian pelajaran dan bimbingan rakan guru sebaya dapat menerangkan 44.8% varians dalam komuniti pembelajaran profesional. Bagi kajian lanjut, model struktural kajian yang diperolehi sekarang perlu diperluaskan lagi dengan memasukkan peranan program-program lain untuk membudayakan komuniti pembelajaran profesional. Dapatan kajian diharap dapat digunakan untuk melonjakkan lagi prestasi sekolah-sekolah kurang berprestasi di negeri Sabah. Implikasi dapatan kajian ini menegaskan sumbangan kajian pelajaran dan bimbingan rakan guru sebaya dalam membudayakan komuniti pembelajaran professional.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Komuniti pembelajaran profesional, Kualiti pengajaran dan pembelajaran, Guru, Bimbingan rakan guru sebaya
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators > LB1775-1785 Professional aspects of teaching and school administrators. Vocational guidance
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 May 2024 09:23
Last Modified: 24 May 2024 09:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38731

Actions (login required)

View Item View Item