Mohd Sohaimi Esa and Romzi Ationg and Irma Wani Othman and Saifulazry Mokhtar and Mohd Azri Ibrahim and Abang Mohd Razif Abang Muis (2023) Projek inovasi sekolah: Kajian kes di sekolah rendah kebangsaan Kanibongan, Pitas, Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 8. pp. 1-12. ISSN 0128-164X
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (235kB) | Request a copy |
Abstract
Projek Inovasi Sekolah telah diperkenalkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan tujuan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Pada ghalibnya, kejayaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut bergantung kepada pemantapan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar. Persoalannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru perlu disertakan dengan elemen inovasi agar dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan Projek Inovasi Sekolah dengan kajian kes di Sekolah Kanibongan, Pitas, Sabah . Elemen inovasi yang digunakan adalah berasaskan cerita rakyat tempatan daripada etnik Rungus dengan berjudul, “Kisah Si Tunsong dan Goholu” . Metodologi kajian yang digunakan bersifat ‘mixedmethod’, yakni menggabungkan antara kaedah kuantitatif dan kualitatif. Daripada cerita rakyat ini, beberapa aktiviti yang bersifat inovasi telah dianjurkan antaranya termasuklah tayangan video, penceritaan dan aktiviti pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti seumpama ini boleh memperkayakan lagi aktiviti pembelajaran pelajar berasaskan cerita rakyat tempatan. Pada masa sama pelajar turut dapat melalui pengalaman baharu yang bersifat interaktif lagi berinovatif dalam mempelajari bahasa kebangsaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Cerita Rakyat, Pengajaran dan Pembelajaran, Projek Inovasi Sekolah |
Subjects: | L Education > LA History of education > LA5-2396 History of education L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 24 May 2024 09:28 |
Last Modified: | 24 May 2024 09:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38735 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |