Asmiaty Amat and Norsuhaila Sulaiman and Abdul Hair Bedu Asis and Norhuda Salleh (2024) Pemupukan Nilai Budaya Bugis dalam kalangan Guru Bugis Membentuk Nilai Murni dalam Kalangan Pelajar: Satu Kajian Rintis. Pendeta. pp. 27-38. ISSN 1823-6812
Text
ABSTRACT.pdf Download (41kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (511kB) | Request a copy |
Abstract
Guru merupakan agen sosialisasi yang berperanan penting untuk membentuk keperibadian murid selain ibu bapa. Latar belakang dan budaya yang melingkari kehidupan guru menjadi asas kepada guru untuk mendidik murid melalui keperibadian mereka semasa berada di sekolah khususnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Keperibadian mereka ini penting dalam memupuk karakter yang baik pada anak murid. Kajian ini dilakukan terhadap 186 orang guru etnik Bugis di beberapa buah sekolah di sekitar daerah Tawau dan Sandakan. Guru-guru Bugis dipilih kerana dalam budaya Bugis terdapat amalan budaya yang dikenali sebagai asas nilai yang diaplikasikan termasuklah Assitinajang (kepatutan), Reso (usaha), Siri’ Na Pacce/Pesse, Sipurepo’ (berat sama dipikul), Assimellereng (nilai kasih sayang) dan Sipakatau (nilai hormat menghormati). Guru-guru yang dipilih melibatkan guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan yang dipilih secara rawak dengan menggunakan aplikasi goggle form. Analisis menunjukkan bahawa guru Bugis bersetuju bahawa penerapan budaya Bugis kepada pelajar amat penting dan mereka telah menerapkan budaya dalam menghubungkan nilai murni Bugis dari aspek verbal dan nonverbal. Ia memainkan peranan dalam mengintegrasikan murid tidak terhad semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja tetapi turut meliputi aktiviti di luar bilik darjah. Selain itu, didapati budaya Bugis memiliki signifikan dengan nilai murni yang dilihat sesuai untuk diterapkan kepada murid dari sudut perlakuan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Bugis, Guru, Murid, Budaya, Nilai murni |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 12 Jun 2024 10:13 |
Last Modified: | 12 Jun 2024 10:13 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38839 |
Actions (login required)
View Item |