Motif ekspatriasi: Suatu kajian dalam kalangan ekspatriat akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Muhammad Safuan Yusoff (2014) Motif ekspatriasi: Suatu kajian dalam kalangan ekspatriat akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (368kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti motif yang dipertimbangkan oleh ekspatriat akademik untuk berekspatriat secara umumnya ke Malaysia dan secara khususnya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan bersandarkan kepada kerangka konseptual yang diperkenalkan oleh Thorn (2009). Kaedah kualitatif melalui kajian kes terhadap tiga puluh orang ekspatriat akademik di UIAM terlibat secara sukarela untuk ditemubual dengan menggunakan kaedah temubual semi struktur. Statistik deskriptif berkaitan demografi responden dianalisa menggunakan perisian computer Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 21.0. Hasil dapatan penyelidikan mendapati terdapat tujuh motif utama telah ditemui yang mana enam daripadanya selaras dengan kerangka konseptual yang di gunakan iaitu budaya dan pengembaraan, kerjaya, ekonomi, perhubungan kekeluargaan, persekitaran politik, kualiti hidup dan prinsip moral. Prinsip moral merupakan penemuan baru kajian yang merujuk kepada falsafah, visi dan misi UIAM sebagai tempat membina kerjaya, status Malaysia sebagai sebuah negara Islam, budaya bermuzakarah ilmu yang menjadi sunnah masyarakat Islam, kepercayaan agama Islam yang menjadi tunggak amalan kehidupan dan kemudahan komuniti akademik ekspatriat Muslim untuk mendapatkan makanan halal di negara ini menjadi motif pemilihan UIAM. Motif memperkasa pembangunan kerjaya, meningkatkan ekonomi, menjalin silaturahim perhubungan, menaikkan taraf dan kualiti hidup, persepsi individu berhubung politik dan pegangan hidup individu dijadikan fokal kepada perbincangan serta dijadikan sebagai daya penarik pemilihan Malaysia sebagai negara dalam membangunkan kerjaya di UIAM. Alasan yang diberikan oleh ekspatriat akademik dalam melakukan ekspatriasi adalah disebabkan ketidakpuasan hati mereka dengan situasi negara asal yang dikaitkan dengan budaya dan pengembaraan, kerjaya, ekonomi, perhubungan kekeluargaan, kualiti hidup dan persekitaran politik yang menjadi motif responden melakukan keputusan untuk memperolehi peluang yang lebih baik di luar negara. Kajian ini memberikan sumbangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Pengurusan Tertinggi UIAM dalam merangka pelbagai dasar bagi mencari jalan penyelesaian menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ekspatriat akademik, sekaligus menggalakkan kakitangan antarabangsa terus berkhidmat di UIAM. Halatuju penyelidikan masahadapan turut dibincangkan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Ekspatriat akademik, Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Labuan Faculty of International Finance
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Jun 2024 15:17
Last Modified: 21 Jun 2024 15:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38914

Actions (login required)

View Item View Item