Muhammad Safuan Yusoff (2017) Faktor pendorong ekspatriasi akademik ekspatriat berdikari : kajian kes universiti awam terpilih di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (242kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Penyelidikan dilaksanakan bermatlamat untuk mengetahui paradigma pendorong ekspatriasi akademik ekspatriat berdikari dalam memandu hala tuju kerjaya mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Objektif penyelidikan ini terdiri daripada (i) mengenalpasti pendorong ekspatriasi golongan akademik ekspatriat berdikari ke Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia, (ii) menjustifikasikan pengaruh yang membawa kepada keputusan berekspatriasi golongan akademik ekspatriat berdikari dan (iii) melakukan penilaian secara retrospektif terhadap pendorong berekspatriasi individu dalam kalangan akademik ekspatriat berdikari. Pendekatan kaedah kualitatif dipilih dengan mengaplikasikan reka bentuk kajian kes ke atas tiga puluh orang akademik ekspatriat berdikari secara persampelan bertujuan yang terlibat secara sukarela melalui teknik temu bual mendalam di empat (4) buah IPTA Malaysia. Manakala statistik deskriptif berkaitan demografi responden dianalisis menggunakan perisian computer Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Mengaplikasikan kerangka konseptual Thorn (2009) sebagai acuan menganalisis keputusan ekspatriasi ekspatriat berdikari, maka hasil dapatan penyelidikan ini mengemukakan lapan (8) pendorong utama iaitu (i) Penerokaan Silang Budaya dan Pengalaman Pengembaraan, (ii) Potensi Kejayaan Kerjaya, (iii) Kestabilan Ekonomi, (iv) Elemen Institusi Kekeluargaan, (v) Senario Politik Negara, (vi) Ekosistem Kualiti Kehidupan, (vii) Falsafah dan Pegangan Hidup serta (viii) Daya Tarikan dan Keunikan Negara Tuan Rumah. Manakala dua (2) penemuan baru berjaya ditemui hasil dari penerokaan penyelidikan ini iaitu (vii) Falsafah dan Pegangan Hidup iaitu merujuk kepada falsafah, visi dan misi universiti sebagai tempat membina kerjaya, status Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan kemudahan komuniti akademik ekspatriat Muslim untuk mendapatkan makanan halal di negara ini serta (viii) Daya Tarikan dan Keunikan Negara Tuan Rumah pula dikaitkan dengan dimensi estetik budaya dan pesona diversiti yang terdapat di Malaysia. Fokal perbincangan lapan (8) pendorong ekspatriasi tersebut merupakan teras kelangsungan kerjaya ekspatriat berdikari di IPTA serta diklasifikasikan sebagai daya tarikan ke atas keputusan golongan tersebut dalam pemilihan Malaysia sebagai negara serta usaha membangunkan potensi kejayaan kerjaya akademik mereka. Penelitian penyelidikan ini menjana kefahaman refleksi diri berhubung sifat semula jadi akademik ekspatriat berdikari melalui curahan perasaan dalam menggambarkan keterujaan, keinginan, ketidakpuasan, kekecewaan dan keterpaksaan diluahkan melalui situasi yang dialami oleh responden kajian ketika menzahirkan pendorong sebenar ekspatriasi individu. Hasil dapatan tersebut merupakan nilai berharga dan hala tuju berguna dalam memperlihatkan kerelevanan signifikan kepada pihak pengurusan sumber manusia antarabangsa IPTA yang mempunyai kebergantungan perkhidmatan kakitangan antarabangsa pada perkadaran tinggi dalam merangka pelbagai dasar pendidikan tinggi negara.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Ekspatriat berdikari, Akademik ekspatriat, Institusi Pengajian Tinggi Awam |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Department: | FACULTY > Labuan Faculty of International Finance |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 28 Jun 2024 14:59 |
Last Modified: | 28 Jun 2024 14:59 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38981 |
Actions (login required)
View Item |