Pembangunan dan penerimaan teknologi e-modul kerja lapangan geografi pembelajaran mobile learning tingkatan 6

Dympna James Jemson (2023) Pembangunan dan penerimaan teknologi e-modul kerja lapangan geografi pembelajaran mobile learning tingkatan 6. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (539kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan kaedah pembelajaran M-learning dalam aktiviti kerja lapangan Geografi STPM berbantukan bahan bantu mengajar M-fieldwork. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan kumpulan eksperimen (Koperatif dan Tidak Koperatif) dan kawalan (Tradisional). Seramai 141 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Geografi di peringkat Tingkatan 6 terlibat dalam kajian ini. Empat soal selidik digunakan iaitu soal selidik kesediaan, penerimaan, sikap dan kemahiran insaniah. Pengujian statistik yang dilaksanakan ialah analisis pengulangan Analysis of varianve (ANOVA), Analysis of Covariance (ANCOVA) satu hala dan Analysis of Covarianve (ANCOVA) dua hala pada aras signifikan p<0.05. Penyelidik melihat kepada ujian Mauchly dan juga saiz kesan kerana pengukuran dilakukan pada tiga tempoh masa yang berbeza (ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2). Hasil analisis menunjukkan Ujian Pra, Pasca 1 dan Pasca 2 bagi kumpulan Koperatif secara signifikan memberi kesan ke atas kesediaan pelajar terhadap kaedah pembelajaran M-learning berbantukan alat bantu mengajar M-fieldwork. Saiz kesan bagi kumpulan Koperatif bagi kesediaan, penerimaan, sikap dan kemahiran insaniah menunjukkan saiz kesan yang besar iaitu iaitu di antara 0.5 hingga 0.8. Manakala bagi kumpulan tidak koperatif pula, dapatan kajian menunjukkan ujian Pra, Pasca 1 dan Pasca 2 secara signifikannya memberi kesan ke atas kesediaan pelajar, juga menunjukkan saiz kesan yang besar bagi keempat-empat pemboleh ubah. Bagi kumpulan Tradisional pula, dapatan menunjukkan ujian Pra, Pasca 1 dan pasca 2 secara signifikannya tidak memberi kesan terhadap kesediaan, penerimaan dan sikap pelajar. Berbeza dengan pemboleh ubah kemahiran insaniah, terdapat perbezaan yang signifikan. Kumpulan Tradisional juga menunjukkan saiz kesan yang kecil dan sederhana bagi keempat-empat pemboleh ubah iaitu antara 0.2 hingga 0.5. Ia sama dengan dapatan ujian Pasca 2, didapati bahawa saiz kesan yang kecil dan sederhana bagi keempat-empat pemboleh ubah. Penyelidik melihat kepada nilai saiz kesan, yang menunjukkan kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Dicadangkan supaya kaedah pengajaran M-learning berbantukan modul M-fieldwork dapat diaplikasikan bagi keseluruhan topik yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Geografi STPM. Namun kaedah ini perlu diuji berdasarkan topik-topik yang terdapat dalam mata pelajaran Geografi bagi melihat kesesuaian penggunaan kaedah pembelajaran M-learning agar dapat dikembangkan dengan lebih meluas.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Pembelajaran M-learning, Geografi STPM, M-fieldwork, E-modul
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Jul 2024 10:17
Last Modified: 15 Jul 2024 10:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39081

Actions (login required)

View Item View Item