Mohd Jin Husin (2011) Kandungan aflatoksin dalam kacang tanah diimport ke Sabah pada tahun 2008 - 2010. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
ABSTRACT.pdf Download (124kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Kajian ini melibatkan persampelan kacang tanah, Arachis hypogaea L. yang masuk melalui Pejabat Kesihatan Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Sejumlah 81 sampel kacang tanah diperolehi dari tahun 2008, 2009 dan 2010 yakni 59.26% sampel adalah dari tahun 2008, 6.17% sampel dari tahun 2009 dan 34.57% sampel dari tahun 2010. Hasil kajian mendapati 15% (7) sampel mengandungi jumlah paras kandungan aflatoksin melebihi 15 μg/kg pada tahun 2008, 18% (5) sampel mengandungi jumlah paras kandungan aflatoksin melebihi 15 μg/kg pada tahun 2010. Manakala tiada sampel yang mengandungi jumlah paras kandungan aflatoksin melebihi 15 μg/kg pada tahun 2009. Ujian statistik menggunakan kaedah tidak berparameter hubungan pangkat min jumlah paras kandungan aflatoksin dalam sampel kacang tanah dengan penggunaan sijil kesihatan adalah signifikan (sig-p = 0.003, sig < 0.005). Pangkat min hubungan jumlah paras kandungan aflatoksin dengan perbezaan negara pengeksport India dan China pula adalah tidak signifikan (sig-p = 0.478, sig > 0.478). Manakala pangkat min jumlah paras kandungan aflatoksin dengan beza tahun adalah signifikan (sig-p = 0.006, sig < 0.005). Pangkat min bagi jumlah paras kandungan aflatoksin dengan perbezaan bulan import A. hypogaea L. adalah signifikan (sig-p = 0.000, sig < 0.0050). Mempunyai korelasi di antara jumlah paras kandungan aflatoksin dengan tempoh pelayaran signifikan (sig-p = 0.007, sig, 0.005) dan nilai korelasi, r = 0.297 iaitu hubungan positif yang sederhana. Ini bermakna hanya penggunaan sijil kesihatan, perbezaan tahun, perbezaan bulan dan tempoh pelayaran mempunyai pengaruh terhadap paras kandungan aflatoksin dalam konsaimen A. hypogaea L. import.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Aflatoksin, Kacang tanah, Arachis hypogaea L., Sampel |
Subjects: | T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA1-2040 Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 26 Jul 2024 09:17 |
Last Modified: | 26 Jul 2024 09:17 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39142 |
Actions (login required)
View Item |