Simpanan karbon di permukaan dan di dalam tanah sistem perhutani di negeri Sabah, Malaysia

Herawandi Suardi (2016) Simpanan karbon di permukaan dan di dalam tanah sistem perhutani di negeri Sabah, Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (361kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian keatas simpanan karbon di permukaan tanah (TAC) dan di dalam tanah (TBC) dijalankan di ladang Balung, Tawau, Sabah. Objektif utama kajian adalah untuk mengkuantifikasi simpanan karbon di permukaan dan dalam tanah dalam sistem perhutani. Tiga kombinasi tanaman perhutani kelapa sawit dan gaharu berlainan umur dijadikan sampel kajian. Tanaman perhutani adalah kelapa sawit (27 tahun) dan gaharu (7 tahun), kelapa sawit (20 tahun) dan gaharu (7 tahun) dan kelapa sawit (17 tahun) dan gaharu (5 tahun). Tanaman monokultur kelapa sawit (16 tahun) dan hutan simpan Taman Bukit Tawau dijadikan sebagai kawalan. Saiz plot kajian untuk tanaman perhutani dan monokultur adalah 50m × 50m manakala saiz plot untuk hutan simpan adalah 30m x 30m. Pemerihalan profil tanah dibuat pada setiap kombinasi tanaman dengan kedalaman 100 cm. Sampel tanah diambil dari tiga kedalaman yang berbeza iaitu 0-5 cm, 5-10 cm dan 10-30 cm secara rawak pada kawasan plot kajian. Ketumpatan pukal tanah diambil menggunakan gelung silinder 100 cm3. Persamaan allometrik digunakan untuk menentukan biojisim. Persampelan bagi lapisan organik dan tumbuhan renek dilakukan di dalam plot pada kuadrat berbentuk segiempat (1m × 1m). Analisis karbon untuk sampel tanah, lapisan organik dan tumbuhan renek adalah menggunakan CHN628 Series. Pengelasan tanah mendapati profil tanah yang berbeza menunjukkan kelas tanah yang berbeza. Berdasarkan pengkelasan tanah Sabah, famili tanah untuk tiga sistem perhutani ialah Kinabutan, Kobovan dan Bombalai. Famili tanah untuk monokultur kelapa sawit adalah Jarangan manakala hutan simpan ialah Table. Berdasarkan Soil Taxonomy (USDA), order tanah untuk tiga sistem perhutani ialah Inseptisols, Luvisols dan Ultisols manakala order tanah untuk monokultur kelapa sawit dan hutan simpan ialah Oksisols. Berdasarkan WRB pula, kumpulan tanah untuk tiga sistem perhutani ialah Acrisols, Luvisols dan Cambisols manakala kumpulan tanah untuk monokultur kelapa sawit dan hutan simpan ialah Ferrasols. Jumlah simpanan karbon bagi tanaman perhutani adalah masing-masing sebanyak 79.12 t C ha-1, 85.39 t C ha-1, dan 78.27 t C ha-1. Tanaman monokultur kelapa sawit (16 tahun) dan hutan simpan pula masing-masing sebanyak 76.44 t C ha-1 dan 287.39 t C ha-1. Analisis statistik One-way between group Analysis of Variance yang dibuat berdasarkan simpanan karbon pada dirian pokok, lapisan organik dan tumbuhan renek menunjukkan perbezaan yang signfikan (p<0.05) bagi tanaman perhutani, monokultur dan hutan simpan. Simpanan karbon tanah tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05) pada tanaman perhutani, monokultur dan hutan simpan. Keputusan kajian menunjukkan simpanan karbon sistem perhutani adalah lebih tinggi berbanding pada tanaman monokukltur.Pengurusan tanaman dan penggunaan baja pada tanaman perhutani dan monokultur membantu meningkatkan organik karbon tanah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Simpanan karbon, Sistem perhutani, Tanaman perhutani
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) > S590-599.9 Soils. Soil science Including soil surveys, soil chemistry, soil structure, soil-plant relationships
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 31 Jul 2024 11:54
Last Modified: 31 Jul 2024 11:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39307

Actions (login required)

View Item View Item