Hubungan Kemahiran Dan Kesediaan Guru Terhadap Amalan Pedagogi Responsif Budaya Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam

Abdul Said Ambotang and Nur Kholisatun Budi and Syharul Nizam Salam (2023) Hubungan Kemahiran Dan Kesediaan Guru Terhadap Amalan Pedagogi Responsif Budaya Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (44kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Abstract

Kajian kuantitatif jenis tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kemahiran guru dan kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap amalan pedagogi responsif budaya di sekolah daerah Lahad Datu, Sabah. Seramai 99 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah di daerah Lahad Datu terpilih sebagai responden kajian. Proses pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 25 item. Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data menggunakan The Statistical Package for the Social Science . Nilai Alpha Cronbach bagi soal selidik kemahiran guru dan kesediaan guru masing-masing ialah 0.94 dan 0.92 dan amalan pedagogi responsif budaya ialah 0.96. Hasil kajian secara statistik deskripitf mendapati bahawa kemahiran guru dan kesediaan guru pada tahap yang tinggi. Bahkan amalan pedagogi responsif budaya juga pada tahap yang tinggi iaitu masing-masing dengan nilai min 4.385 (SP=0.582) bagi aspek kemahiran guru, 4.392 (SP=0.523) bagi aspek kesediaan guru dan amalan pedagogi responsif budaya mencatatkan nilai min 4.364 (SP=0.547). Selain itu, hasil ujian-t mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan pedagogi responsif budaya dalam kalangan guru berdasarkan jantina (t=0.894, tahap signifikan=0.974, aras signifikan p˂0.05). Keputusan ujian ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan amalan pedagogi responsif budaya berdasarkan opsyen (F=1.79, P=.139). Hasil ujian kolerasi Pearson Moment mendapati bahawa kedua-dua pemboleh ubah iaitu kemahiran guru dan kesediaan guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan pedagogi responsif budaya. Terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara kemahiran guru (r=.82, p˂0.05) dan kesediaan guru (r=.71, p˂0.05) dengan amalan pedagogi responsif budaya. Hal ini menunjukkan bahawa guru pendidikan Islam mempunyai kemahiran dan kesediaan yang baik dapat melaksanakan amalan pedagogi responsif budaya dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kemahiran, Kesediaan, Amalan Pedagogi Responsif Budaya, Guru Pendidikan Islam
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 05 Aug 2024 09:18
Last Modified: 05 Aug 2024 09:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39358

Actions (login required)

View Item View Item