Penggunaan model mefots dalam meningkatkan pencapaian subtopik mekanisme fotosintesis sekolah luar bandar di Sandakan

Norazmie Jaharsan (2016) Penggunaan model mefots dalam meningkatkan pencapaian subtopik mekanisme fotosintesis sekolah luar bandar di Sandakan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (742kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian berbentuk kuasi-eksperimen ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan Model MeFots dalam meningkatkan pencapaian subtopik Mekanisme Fotosintesis khususnya di sekolah luar bandar. Model ini merupakan bahan bantu mengajar yang bertindak sebagai rawatan didasari oleh dua teori pembelajaran dan satu model pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian adalah pelajar tingkatan empat aliran Sains daripada sebuah sekolah luar bandar di Sandakan. Instrumen kajian iaitu ujian pencapaian (ujian pra-pasca) akan dianalisis menggunakan analisis ANCOVA bagi menguji hipotesis nol. Peningkatan pencapaian murid dalam ujian pasca berbanding ujian pra selepas menggunakan Model MeFots menunjukkan bahawa murid telah memahami subtopik yang dikaji dengan lebih baik lagi. Dapatan kajian membuktikan perlunya penggunaan bahan bantu mengajar semasa proses PdP berlangsung untuk memudahkan pemahaman mereka terhadap konsep yang abstrak khususnya bagi mata pelajaran Biologi.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Model MeFots, Mekanisme fotosintesis, Sekolah luar bandar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Aug 2024 08:34
Last Modified: 07 Aug 2024 08:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39434

Actions (login required)

View Item View Item