Norazemah Abdul Salleh (2015) Pengaruh persepsi, kebiasaan norma subjektif dan sikap terhadap niat membeli produk rumpai laut di Sabah : peranan penyerdahana kesedaran kesihatan dan gaya hidup sihat. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (619kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara persepsi pengguna terhadap atribut makanan rumpai laut, norma subjektif, sikap dan niat untuk membeli makanan rumpai laut segar. Dalam tambahan, kajian ini juga mengkaji kesan pencelahan sikap dalam hubungan di antara persepsi dan niat membeli makanan rumpai laut segar, serta juga norma subjektif dan niat membeli makanan rumpai laut segar. Peranan penyerdahana kesedaran kesihatan dan gaya hidup sihat dalam hubungan di antara sikap dan niat juga telah dilaksanakan. Di dalam penyelidikan ini, konstruk persepsi bagi atribut makanan rumpai laut terdiri daripada sebelas dimensi iaitu; ganjaran, keperluan, keyakinan, keselamatan, kesihatan, mudah, kawalan berat, kebiasaan, harga, perasaan dan deria. Peserta bagi kajian ini ialah mereka yang makan rumpai laut segar. Seramai 370 orang responden telah digunakan untuk analisis statistik. Untuk mengkaji hubungan di antara pemboleh ubah eksogen dan pemboleh ubah endogen, kajian ini menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS) dengan menggunakan perisian SmartPLS 2.0. Data telah dikumpul dari empat kawasan di Sabah iaitu Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Tawau menggunakan pensampelan rawak mudah dan kaedah pensampelan snowball. Keputusan kajian menunjukkan bahawa lima dimensi persepsi terhadap atribut makanan rumpai laut seperti keyakinan, kesihatan, perasaan, ganjaran, sikap, deria dan norma subjektif mempunyai pengaruh positif ke atas sikap terhadap makanan rumpai laut. Seterusnya, biasa, kesihatan, perasaan, harga, dan norma subjektif mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas niat untuk membeli. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa, sikap mempunyai kesan pencelahan terhadap hubungan di antara tiga dimensi persepsi terhadap atribut makanan rumpai laut (iaitu ganjaran, keyakinan dan deria) dengan niat untuk membeli. Di samping itu, gaya hidup sihat mempunyai kesan penyerdahana di antara sikap dan niat untuk membeli makanan rumpai laut segar. Lebih khusus lagi, kesan sikap ke atas niat untuk membeli makanan rumpai laut adalah lebih besar bagi pengguna yang mempunyai gaya hidup sihat yang tinggi daripada pengguna yang mempunyai gaya hidup sihat yang rendah. Dapatan kajian ini mencadangkan bahawa pemasar perlu memahami persepsi pengguna terhadap atribut makanan rumpai laut dan bagaimana atribut ini boleh mempengaruhi sikap pengguna dan niat pembelian berkaitan dengan produk makanan rumpai laut. Batasan kajian dan cadangan untuk penyelidikan akan datang juga dibincangkan di dalam penyelidikan ini.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Makanan rumpai laut, Gaya hidup sihat, Persepsi pengguna |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 07 Aug 2024 08:36 |
Last Modified: | 07 Aug 2024 08:36 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39438 |
Actions (login required)
View Item |