Penghasilan dan pencarian kitin dan kitosan daripada kulit Udang

Sang, Sharon Li Ling (2005) Penghasilan dan pencarian kitin dan kitosan daripada kulit Udang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000431.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kitin dan kitosan telah diekstrak daripada kulit udang (Penaeus Monodon) berdasarkan kaedah yang dihuraikan oleh Bough et al.,(l978) dan Alimuniar dan Zainuddin (1992). Kedua-dua ekstrak dianalisis menggunakan spectrometer inframerah Fourier-Transform (FTIR) manakala ciri jerapannya ditentukan menggunakan pewarna anion (Acid Blue) dan pewarna kation (Methylene Blue) sebagai bahan dijerap. Hasil kajian menunjukkan peratus hasil kitin dan kitosan yang diperolehi ialah masing-masing 43.69% dan 35.31%. Spektrum IR bagi ekstrak kitin dan ekstrak kitosan mempunyai corak yang sama seperti yang dijangkakan untuk kitin dan kitosan; iaitu kehadiran jalur resapan yang ketara pada λ = 1640-1660 cmˉ¹ (amida I) dan λ = 1554-1564 cmˉ¹ (amida 2), dan λ = 1560-1640 cmˉ¹ (amina). Secara amnya, kitin berkeupayaan rendah untuk menjerap Acid Blue berbanding dengan Methylene Blue. Sebaliknya, keupayaan jerapan kitosan adalah lebih tinggi terhadap Acid Blue daripada Methylene Blue. Secara keseluruhannya, kitosan merupakan penjerap yang lebih efisien bagi kedua-dua pewarna anion dan pewarna kation.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chitin, Chitosan, Prawn shells, Prawn, Chitin extracts, Chitosan extracts, Penaeus Monodon
Subjects: Q Science > QP Physiology > QP1-(981) Physiology > QP501-801 Animal biochemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Jan 2012 18:17
Last Modified: 12 Oct 2017 09:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/397

Actions (login required)

View Item View Item