Hairunnesa Tan Mohamad Suhiri (2010) Ciri-ciri antiproliferatif bagi ekstrak the hitam, sisa teh dan kompos bagi teh sabah terhadap dua jenis jalur sel kanser. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000544.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Komponen bioaktif di dalam teh telah banyak memberi kesan positif kepada unsur biologi termasuklah memberi kesan antimutagenik, antimikrobial serta antiproliferatif. Namun kajian terhadap kesan antikanser dan antiproliferatif bagi teh hitam sisa the hitam dan kompos belum dijalankan secara meluas. Dalam kajian ini, dua kaedah pengekstrakan digunakan iaitu kadeah air panas dan kaedah methanolik. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pengekstrakan air panas memberikan hasil ekstrak yang lebih tinggi berbanding kaedah methanolik dengan sampel kompos mencatatkan berat hasil ekstrak sebanyak 17.58g, diikuti sisa teh sebanyak 14.31g dan sampel teh hitam sebanyak 12.94g. Bagi kaedah methanolik, sampel kompos mencatatkan berat hasil ekstrak sebanyak 6.33g, teh hitam dengan hasil seberat 6.02g dan sisa teh dengan hasilan ekstrak sebanyak 4.43g. Nilai kepekatan rencatan, IC₅₀ bagi kedua-dua jenis sel kanser dikira dan didapati bahawa sampel teh hitam dengan kaedah pengekstrakan air panas memberikan nilai IC50 terendah (IC₅₀ MDAMB231= 27.89±4.97, dan IC₅₀ Hep G2 = 147.05 ± 37.21mg/mL).
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Black tea, Tea waste, Anticancer, Compost extract, Sabah Tea |
Subjects: | ?? RC0254 ?? T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 23 May 2012 16:24 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 11:32 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3997 |
Actions (login required)
View Item |