Amalan pengintegrasian teknologi guru bukan pengkhususan mata pelajaran reka bentuk dan teknologi (rbt) sekolah menengah di Negeri Sabah

Cathrine Masingan (2022) Amalan pengintegrasian teknologi guru bukan pengkhususan mata pelajaran reka bentuk dan teknologi (rbt) sekolah menengah di Negeri Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (474kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian kes kualitatif yang memberi fokus kepada bidang pengintegrasian teknologi guru bukan pengkhususan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah menengah di Negeri Sabah. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka faktor-faktor yang diperlukan untuk pengintegrasian teknologi yang berkesan, meneliti amalan pengintegrasian teknologi, menerangkan cabaran pengintegrasian teknologi dan juga menyediakan cadangan penambahbaikan pengintegrasian teknologi dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru bukan pengkhususan mata pelajaran RBT di sekolah menengah. Seramai lima orang guru bukan pengkhususan mata pelajaran RBT di sekolah menengah terlibat sebagai peserta kajian yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data kajian dipungut melalui triangulasi teknik pengumpulan data iaitu temu bual separa berstruktur, pemerhatian tidak turut serta dan juga analisis dokumen. Data-data kajian kemudiannya disusun dan dianalisis menggunakan perisian analisis data kualitatif Nvivo 12 Plus. Proses analisis data telah melalui dua peringkat iaitu analisis dalam kes dan analisis silang kes dengan melibatkan tiga peringkat pengkodan iaitu kod membuka, kod paksi dan kod memilih. Dapatan kajian mendapati faktor-faktor pengintegrasian teknologi yang adalah berkaitan dengan pengetahuan, sikap, kepercayaan dan persekitaran. Penelitian amalan pengintegrasian teknologi para peserta kajian semasa PdPc adalah menepati tiga peringkat dalam Model Rancangan Pengintegrasian Teknologi, Roblyer (2006) iaitu peringkat analisis keperluan, peringkat perancangan dan pelaksanaan dan, peringkat penilaian dan penambahbaikan. Dapatan kajian juga telah menerangkan tujuh cabaran yang dihadapi oleh guru-guru bukan pengkhususan mata pelajaran RBT di sekolah menengah dalam melaksanakan pengintegrasian teknologi semasa PdPc RBT iaitu masalah pengetahuan guru, masalah kemahiran guru, masalah kemudahan asas sekolah, peralatan teknologi yang tidak mencukupi, kurang sokongan pihak pentadbiran, kekangan masa dan juga kekangan kewangan. Seterusnya, dua cadangan utama iaitu peranan pihak pentadbiran dan peranan guru telah dikemukakan untuk menambahbaik pelaksanaan pengintegrasian teknologi guru bukan pengkhususan mata pelajaran RBT di sekolah menengah. Implikasi dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan tambahan kepada pihak berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak pentadbiran sekolah merangka program sokongan dan latihan, serta menyelenggara dan menambahbaik kelengkapan prasarana di peringkat sekolah supaya pelaksanaan pengintegrasian teknologi semasa PdPc guru bukan pengkhususan mata pelajaran RBT sekolah menengah di negeri Sabah dapat ditingkatkan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Pengintegrasian teknologi guru, Reka bentuk dan teknologi, Sekolah menengah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Sep 2024 12:22
Last Modified: 24 Sep 2024 12:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40523

Actions (login required)

View Item View Item