Program sahsiah unggul murid : Tahap pengetahuan dan amalan guru pendidikan Islam sebagai Murabbi

Ghaiazra Mohammad Ali (2023) Program sahsiah unggul murid : Tahap pengetahuan dan amalan guru pendidikan Islam sebagai Murabbi. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (564kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Program SUMUR adalah program yang dirangka oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk mengukur sahsiah dan kemenjadian pelajar di peringkat sekolah menengah berdasarkan kepada empat modul utama. Apabila menghuraikan program bermodul, maka secara tidak langsung berhubung rapat dengan pelaksana atau pengendali modul tersebut. GPI adalah pelaksana atau pengendali utama modul yang terdapat dalam program SUMUR. Oleh itu, pendekatan kajian kuantitatif ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan Guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai Murabbi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di negeri Sarawak. Seramai seratus tiga puluh orang GPI telah dipilih sebagai sampel kajian yang mewakili populasi GPI di negeri Sarawak. Sampel kajian ini dipilih daripada tujuh buah SMKA yang melibatkan tiga zon di negeri Sarawak. Data kuantitatif telah dikumpulkan menggunakan instrumen borang soal selidik. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif (kekerapan (frekuensi, min dan peratusan) dan melalui statistik inferensi (Ujian-t sampel bebas, ANOVA satu hala, dan Korelasi Pearson) dengan menggunakan perisian SPSS 24.0. Berdasarkan analisis statistik deskriptif yang telah dijalankan, tahap pengetahuan GPI sebagai Murabbi dalam program SUMUR menunjukkan jumlah nilai min keseluruhan adalah 3.75 dan sisihan piawai 0.30. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan GPI berada pada tahap tinggi. Manakala, dapatan kajian bagi tahap amalan GPI sebagai Murabbi dalam program SUMUR menunjukkan nilai min keseluruhan amalan berada pada tahap sederhana iaitu nilai min 3.51 dan sisihan piawai 0.58. Dapatan analisis Ujian-t pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara GPI berlainan jantina pada tahap pengetahuan iaitu nilai p=0.94 (p>0.05) dan tahap amalan iaitu nilai p=0.09 (p>0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan GPI berlainan umur (p=0.75 (p>0.05), tempoh perkhidmatan (p=0.75 (p>0.05) dan peranan GPI (p=0.48 (p>0.05). Hasil analisis juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan tahap amalan GPI berlainan umur (p =0.88 (p>0.05), tempoh perkhidmatan (p=0.84 (p>0.05) dan peranan p=0.81 (p>0.05). Hasil analisis ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi berada pada tahap lemah antara pengetahuan dan amalan GPI sebagai Murabbi dalam program SUMUR iaitu (r=0.48 dan p=0.00). Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa hubungan pengetahuan dan amalan GPI menjadi penyumbang kepada GPI sebagai Murabbi dalam program SUMUR. Justeru, pengkaji mendapati hubungan antara pengetahuan dan amalan GPI sebagai Murabbi adalah elemen yang penting dalam menjayakan Program SUMUR di sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Program sahsiah unggul murid, Program SUMUR, Pendidikan Islam
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Sep 2024 08:18
Last Modified: 27 Sep 2024 08:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40550

Actions (login required)

View Item View Item