Amalan pengurusan kurikulum, komitmen kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan ketua panitia serta hubungannya dengan prestasi akademik sekolah menengah di Sabah

Laimah Sungap (2014) Amalan pengurusan kurikulum, komitmen kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan ketua panitia serta hubungannya dengan prestasi akademik sekolah menengah di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (392kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan dan sumbangan antara tiga variabel iaitu amalan pengurusan kurikulum, komitmen kerja, dan kepuasan kerja terhadap prestasi akademik sesebuah sekolah.Sekolah berprestasi akademik bawah 59% dan sekolah berprestasi akademik 60% ke atas adalah sasaran kajian ini.Kajian reka bentuk tinjauan ini, menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data kuantitatif daripada 287 ketua panitia di empat buah daerah kawasan pedalaman atas, Sabah. Kajian ini menggunakan instrumen oleh Yulk & Kim (1995), untuk variabel amalan pengurusan kurikulum, instrumen kepuasan kerja yang diubahsuai daripada instrumen oleh Paul E. Spector (1994) dan instrumen komitmen kerja oleh Mohd. Nor Jaafar, (2002).Data kajian ini dianalisis menggunakan pakej Statistik SPSS versi 18 dan perisisn AMOS versi 18. Data yang diperoleh dilaksanakan secara deskriptif (min dan sisihan piawai), dan analisis secara inferensi iaitu ujian t, korelasi pearson dan regresi berganda. Selanjutnya kajian diteruskan lagi dengan analisis Structural Equation Modeling (SEM) untuk menguji model yang telah dicadangkan oleh penyelidik. Dapatan utama kajian ini memperlihatkan, ketiga-tiga variabel bebas (amalan pengurusan kurikulum, komitmen kerja dan kepuasan kerja) mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan prestasi akademik sekolah sama ada sekolah berprestasi 59% ke bawah mahupun sekolah berprestasi melebihi 60%. Analisis regresi berganda yang menunjukkan secara signifikan, peramal amalan pengurusan dan peramal komitmen kerja mempunyai pengaruh terhadap kepuasan kerja, iaitu peramal amalan pengurusan kurikulum (F=111.844,p<0.5) menyumbang sebanyak 31.5% varians(R2=.315), (β=.302,p<0.5)dalam variabel kepuasan kerja sementara peramal komitmen kerja menyumbang sebanyak 12.8% (R2=.441) (F=224.869, p<0.5), (β = .452, P<0.5) dalam variabel kepuasan kerja.Analisis laluan model persamaan struktur (SEM) juga menunjukkan data yang digunakan mempunyai kesepadanan yang mengukuhkan lagi dapatan analisis regresi berganda.Ujian terhadap variabel mediator iaitu kepuasan kerja menunjukkan bahawa kepuasan kerja bertindak sebagai mediator sempurna (complete mediation) antara amalan pengurusan kerja dengan prestasi akademik sekolah dan antara komitmen kerja dengan prestasi akademik sekolah.Analisis korelasi pearson juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara variabel-variabel yang dikaji. Analisis secara deskriptif menunjukkan bahawa amalan pengurusan kurikulum, komitmen kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan ketua panitia berada pada tahap tinggi sama ada sekolah berprestasi 59% dan ke bawah ataupun sekolah berprestasi 60% dan ke atas. Justeru dapatan kajian ini adalah diharapkan memberikan input yang berfaedah untuk penambahbaikan produktiviti sektor pendidikan. Pada akhir kajian ini juga dicadangkan agar pengkajian tentang amalan pengurusan kurikulum, komitmen kerja dan kepuasan kerja dirungkai secara berterusan kerana variabel tersebut adalah variabel yang bersifat dinamik terhadap variabel lain.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Pengurusan kurikulum, Prestasi akademik, Komitmen Kerja, Kepuasan Kerja
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Aug 2024 16:32
Last Modified: 21 Aug 2024 16:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40599

Actions (login required)

View Item View Item