Mohd Rafi Bakkin Billah (2015) Pengaruh gaya pembelajaran, keupayaan metakognitif dan amalan kemahiran belajar terhadap pencapaian akademik pelajar. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (272kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh gaya pembelajaran dan amalan kemahiran belajar terhadap keupayaan metakognitif dan pengaruh gaya pembelajaran, keupayaan metakognitif dan amalan kemahiran belajar terhadap pencapaian akademik pel ajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Seramai 950 orang pelajar tingkatan empat telah dipilih secara rawak sebagai respond en kajian bagi mewakili pelajar-pelajar Ekonomi Asas di seluruh negeri Sabah. Data bagi kajian diperoleh melalui soal selidik SGPP, SKMP, SKBP dan SPAE sebagai alat pengukur variabel-variabel kajian. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan ujian t, korelasi pearson, regresi berganda dan AMOS versi 18. Keputusan analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara varia bel-varia bel yang terlibat. Ujian regresi berganda juga menunjukkan bahawa dimensi-dimensi gaya pembelajaran dan amalan kemahiran belajar masing-masing menyumbang sebanyak 42.6% dan 47.7% terhadap keupayaan metakognitif dalam kalangan pelajar Ekonomi Asas. Analisis selanjutnya menunjukkan keupayaan metakognitif (P=0.186, p <0.05) dan gaya pembelajaran global (,8=0.111, p <0.05) masing-masing menyumbang sebanyak 5.9% dan 1.1% terhadap varians skor pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Keputusan analisis kesepadanan model persamaan struktural menunjukkan variabel-variabel bebas yang teribat menyumbang sebanyak 62.4% perubahan varians skor keupayaan metakognitif dan 7.0 % perubahan varians skor pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menyediakan bukti yang menyokong hubungan dan pengaruh gaya pembelajaran dan amalan kemahiran belajar dengan keupayaan metakognitif serta peranan keupayaan metakognitif sebagai mediator dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Implikasinya kajian ini telah memberi sumbangan baharu terhadap reka bentuk pembudayaan cara belajar yang efektif dalam kalangan pelajar Ekonomi Asas. Justeru penguasaan terhadap ilmu pembelajaran bestari perlu terus dibina, dipupuk dan dibudayakan secara berterusan selagi pelajar itu masih bergelar pelajar yang sentiasa mengutamakan kecemerlangan dalam proses pembelajaran.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Learning style, Learning skill, Academic achievement, Metacognitive ability |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 28 Aug 2024 08:55 |
Last Modified: | 28 Aug 2024 08:55 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40660 |
Actions (login required)
View Item |