Nur Suhaidah Sukor and Nur Nabila Natalia Mahat and Nurazidawati Mohamad Arsad (2024) Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Aplikasi Modul Dunia Haiwan di Sabah dalam Pembelajaran Kanak-Kanak Prasekolah. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6 (1). pp. 599-609.
Text
ABSTRACT.pdf Download (39kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (270kB) | Request a copy |
Abstract
Modul dunia haiwan merupakan satu pendekatan pembelajaran untuk kanak-kanak prasekolah agar dapat menambahkan lagi pemahaman dan pengetahuan mereka mengenai haiwan endemik yang terdapat di Sabah. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mendapatkan persepsi guru prasekolah terhadap aplikasi modul dunia haiwan bagi kanak-kanak prasekolah berumur 5 hingga 6 tahun. Seramai 30 orang guru prasekolah selaku responden yang berada di kawasan Kota Kinabalu, Sabah telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian berbentuk kajian tinjauan dan pengumpulan data dibuat dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini mengandungi empat komponen dengan jumlah keseluruhan item ialah 18 item soalan yang menggunakan skala likert 1-5. Dapatan kajian menunjukkan komponen penglibatan aktif mencatatkan nilai min tertinggi dengan skor nilai min (M=4.29, SP=.646) manakala komponen penerapan nilai murni mencatatkan nilai skor min yang terendah iaitu (M= 4.07, SP=.794). Hasil kajian juga mendapati bahawa semua responden memberikan persepsi yang baik terhadap modul dunia haiwan bagi kanak-kanak 5 hingga 6 tahun. Majoriti guru prasekolah juga bersetuju bahawa ianya merupakan satu pendekatan yang baik bagi mendedahkan haiwan endemik kepada kanak-kanak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | : Sains Awal, Modul Dunia Haiwan, Prasekolah, Persepsi Guru |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1140-1140.5 Preschool education. Nursery schools |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 16 Aug 2024 15:03 |
Last Modified: | 16 Aug 2024 15:03 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40684 |
Actions (login required)
View Item |