Konsepsi literasi alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Tawau Sabah

Ahmadi Abd Wahab (2022) Konsepsi literasi alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Tawau Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (543kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Semenjak Deklarasi Tbilisi (1977), PAS di Malaysia masih lagi dilaksanakan di sekolah secara merentas kurikulum. Setelah 44 tahun deklarasi tersebut, perlunya kajian menyeluruh untuk menyediakan data tentang tahap literasi alam sekitar pelajar sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan untuk menilai tahap LAS pelajar mengikut faktor demografi (jantina dan aliran) dan keseluruhan LAS. Selain itu, kajian ini turut menentukan faktor yang mempengaruhi tingkah laku alam sekitar pelajar. Akhirnya, satu cadangan model faktor peramal yang mempengaruhi tingkah laku alam sekitar pelajar sekolah menengah turut dihasilkan. Kajian ini dilaksanakan secara tinjauan menggunakan teknik kajian rentas. Responden kajian dipilih daripada 12 buah sekolah menengah kategori bandar. Seramai 328 orang pelajar tingkatan empat dipilih secara persampelan rawak berstrata mengikut nisbah. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan IBM SPSS dan perisian SmartPLS 3.0. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap LAS mengikut faktor demografi (Jantina dan aliran) menunjukkan tahap yang sangat baik dalam domain kemahiran dan afektif. Manakala domain pengetahuan dan tingkah laku mencatatkan tahap yang baik bagi kedua-dua jantina dan aliran. Tahap LAS mengikut domain pula menunjukkan domain afektif (SM=73.67) dan kemahiran (SM=87.80) dalam kategori tinggi. Manakala domain pengetahuan (SM=64.30) dan tingkah laku (SM=62.69) dalam kategori sederhana. Tahap LAS mengikut demografi menunjukkan pelajar lelaki (SM=75.0) lebih baik berbanding pelajar perempuan (SM=69.1). Sebaliknya, tahap LAS mengikut aliran pula menunjukkan kedua-dua aliran mencapai tahap sederhana (Sains Tulen: SM=70.9, Kemanusiaan: SM=72.3). Secara keseluruhannya, tahap LAS pelajar sekolah menengah kategori bandar di daerah Tawau Sabah adalah sederhana (SM=72.1). Kajian ini turut mendapati pemboleh ubah afektif merupakan faktor peramal utama yang mempengaruhi tingkah laku alam sekitar pelajar. Sebaliknya, pengetahuan menunjukkan adanya hubungan negatif terhadap tingkah laku alam sekitar. Oleh yang demikian, bagi mencapai matlamat akhir PAS untuk membentuk tingkah laku bertanggungjawab terhadap alam sekitar, PAS perlu dinaik taraf sebagai subjek baharu dalam kurikulum sekolah menengah.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Literasi alam sekitar, Semenjak Deklarasi Tbilisi, Tingkah laku alam sekitar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Aug 2024 09:06
Last Modified: 28 Aug 2024 09:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40699

Actions (login required)

View Item View Item